Honda Fit GD3 – Materialistic

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kaya harta boleh habis, kaya budi bahasa ramai orang suka…

Kenderaan kompak sangat popular penggunaannya di seluruh dunia. Banyak model-model lama dan baharu telah diperkenalkan untuk memenuhi kehendak para peminatnya. Ianya bukan sahaja satu keperluan tetapi dapat memberi impak besar dalam dunia permotoran. Mengapa ianya memberi impak? Ini kerana, jentera kompak ini banyak digunakan dalam pelbagai aktiviti sukan permotoran antaranya rali, drag dan banyak lagi yang bersesuaian.

Honda juga tidak ketinggalan dalam memperkenalkan jentera bersaiz kecil atau sederhana dalam produksi mereka. Salah satu yang popular dari awal kewujudannya hinggalah sekarang adalah Honda Fit atau Jazz. Bagi penggemarnya di Malaysia, banyak ubahsuai yang telah ditampilkan bagi mendapatkan satu hasil yang benar-benar memberi kepuasan. Bagi mereka yang kurang kepada kelajuan, mereka akan mengubah jentera ini supaya kelihatan cantik dan menawan dengan pelbagai aksesori hebat yang ada dalam pasaran manakala bagi yang menggilai prestasi, mereka akan memberikan jantung yang lebih berkuasa terhadap jentera mereka.

Honda Fit yang dipaparkan ini merupakan salah satu contoh jentera yang menarik bagi kami. Lihat pada keseluhannya sahaja kita sendiri boleh mengagak bagaimana pemiliknya ini menatangnya. Menjaga jentera seperti ini nampak mudah, tetapi untuk mengenakan konsep yang kita mahukan, poket kena sentiasa berisi. Disebabkan banyak perlatan dan aksesori yang agak sukar untuk didapati, itulah salah satu faktor yang membuatkan belanja untuk menghebatkannya menjadi besar.

Fit GD3 keluaran tahun 2005 ini tampak hebat dengan pelbagai aksesori yang boleh dikatakan sukar untuk didapati. Nadi asal berkapasiti 1.5 liter VTEC masih lagi berfungsi dengan baik. Untuk memberi sedikit prestasi pada kuasa, enjin ini telah dipasangkan dengan beberapa peralatan antaranya J’s Racing down pipe dan B pipe, ekstraktor serta muffler Titanium tip dari Mugen.

Keseluruhan badan jentera ini telah dikuatkan cesinya dengan penggunaan Mugen Strut Tower bar 2nd Batch di bahagian hadapan, Js Racing Room/floor Bar, Js Racing Monkey/pillar bar serta  subframe kit dari Stiff Ring. Tahap kestabilannya pula dipertanggungjawabkan kepada set suspensi keluaran Ftuned lengkap bersama inverter monotube HLSH.

Kuasa memberhentikan jentera ini pula dibantu dengan pemakaian set lengkap brek dari Project Mu meliputi kaliper hadapan, disc rotor depan dan belakang serta hos ‘steel braided’ yang memastikan setiap bahan cecair brek dapat sampai ke setiap kaliper tanpa sebarang gangguan.

Ruang dalamannya pula menempatkan banyak aksesori serta peralatan aftermarket yang sangat mewah bagi penggila jentera seperti ini. Di dalamnya kelihatan banyak aksesori Mugen asli yang boleh membuatkan kelajuan degupan jantung amat kencang. Antara aksesori Mugen yang amat menarik perhatian adalah stereng FG360 lengkap dengan booskit, tombol gear, pelindung gear, pelindung brek tangan, plat indikator, pedal ‘sport’, ‘door step’, ‘assist meter’, pelindung cermin pandang belakang, tempat duduk MugenMs-R untuk pemandu serta MugenMs-Z bagi penumpang disebelahnya. Tempat duduk belakangnya pula diambil dari model Type S Mugen, door trim juga milik Type S lengkap dengan tweeter serta dihiasi lampu bewarna biru di dalamnya.

Penampilan luarnya juga tidak kurang hebatnya. Bagi mereka yang arif tentang model ini, mereka pastinya boleh menilai setiap penjuru jentera ini. Antara aksesori dan peralatan yang melengkapi bahagian luaran jentera ini adalah seperti bampar hadapan Mugen Professional lengkap dengan garnish krom, Mugen Professional rear bumper (single exhaust), skirt sisi Mugen Professional, Mugen Professional HID foglamp, hood hadapan gentian karbon Mugen Professional, Mugen Professional Spoiler, Mugen Rear Shark Fin, Mugen door visor, Mugen tailgate,  Titanium hid 3step dengan suis serta lampu belakang clear lens.

Tidak lengkap rasanya jika jentera hebat seperti ini menggunakan rim yang biasa sahaja. Oleh yang demikian, pemiliknya sedia menabur modal untuk memakaikan rim Mugen MF10L berukuran 15 inci pada jentera ini. Rim tersebut pula disarungkan bersama tayar Yokohama Advan Neova AD08R untuk memberi lebih cengkaman pada permukaan jalan.

Untuk menjadikan jentera ini seperti yang anda semua dapat lihat sekarang bukan hanya dilakukan oleh pemiliknya sahaja, ia turut dibantu oleh beberapa pihak seperti Type S Garage, R-Pit Garage serta Aiez Garage yang mana mereka juga adalah nama-nama besar dalam menghidupkan lagi permotoran di negara kita. Berpeluh nak tengok satu-satu barang yang ada!!!

Spesifikasi Shift!

Kereta: Honda Fit GD3 2005

Enjin: L15A VTEC (Manual – single cam), Complete with keyless system

ModifikasiEnjin :Mugen extractor, Js Racing Down Pipe, Js Racing Bpipe (titanium), Mugen Titanium Tip Muffler

Elektronik :Asal

Susupensi&Cesi :Ftuned Racing Road / Touge Inverter Monotube High Low Soft Hard, Mugen Strut Tower bar 2nd Batch (front), Js Racing Room/floor Bar, Js Racing Monkey/pillar bar, Subframe kit Stiff Ring set installed

Brek : Project Mu racing calliper (front), Original Project Mu slotted Rotor Disc 282mm(front), Original Project Mu slotted rotor disc (rear), Steel Braided Hose for brake lines.

Rim &Tayar :Mugen MF10L, Yokohama Advance Neova  AD08-R 195/55/15

Dalaman : Mugen FG360 Steering wheel, MugenBoskit, Mugen Gear Knob, Mugen Gear booth Cover, Mugen Handbrake cover, Mugen Gear Shifter Indicator plate, Mugen Sport paddle, Mugen door step, Mugen assist meter (black face), Mugen rear mirror cover (Yellow), Digital aircond, Door trim Type s with twitter, seat MugenMs-R (pemandu), MugenMs-Z (penumpang), Rear : Type S (with genuine leather By Mugen ), Arm rest slide (Black Fabric), room light honda access with blue colour

Luaran :Stout Racing head Cover (cf), Grouppe M open port (cf), Mugen Professional Front Bumper complete with Chrome Garnish, Mugen Professional rear bumper (single exhaust), Mugen Professional Side Skirt, Mugen Professional HID foglamp with switch, Mugen Professional Front Hood (Carbon Fibre), Mugen Professional Spoiler, Mugen Rear Shark Fin, MugenDoorvisor, Mugen Tailgate, Mugen Titanium Tip Muffler, Titanium Hid 3step with switch, Clear Lens Tail Lamp, Original Sunroof For Fit GD3

Bengkel&Tuner : Type S Garage / R-Pit Garage / Aiez Garage

Foto : Kenny Yeoh@eosguy

GALERI :

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply