Honda Civic Mugen RR – Double Jackpot!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Belajar untuk menghargai untuk lebih dihargai…

Penampilan serta perwatakan jentera yang dijadikan paparan utama pada kali ini tersangatlah istimewa bilamana ianya merupakan sebuah jentera yang dibina khas oleh pereka alatan prestasi Honda yang dikeluarkan dalam satu jumlah yang terhad sahaja. Jika dilihat, cesinya sama seperti model FD yang lain, akan tetapi, untuk edisi ini Mugen telah mengubah keseluruhannya untuk menepati citarasa mereka yang mementingkan prestasi.

Tempat shoot ni dulu ‘view’ dia cantik sangat… Sekarang dah takde lagi daaaa….

Penghargaan harus diberikan kepada gabungan Honda dan Mugen kerana telah berjaya menghasilkan sebuah jentera yang amat hebat di atas jalan raya. Bila disebut sahaja Mugen RR, pasti ramai yang akan tidak senang duduk ataupun panas punggung untuk melihat kehebatan jentera ini di depan mata. Apa yang diketahui, cuma terdapat 4 buah sahaja Civic Mugen RR ini di Malaysia.

Jentera yang ditampilkan pada kali ini adalah asli Mugen RR yang telah dibina semula oleh pemilik barunya yang amat menghayati nilai yang terdapat pada jentera ini. Kondisi jentera ini agak menyedihkan ketika sampai ke tangan pemilik barunya ini. Beberapa peralatan asal pada Mugen RR ini telah rosak dan perlu diperbaiki semula malah ada yang perlu di gantikan dengan yang baru. Namun, ianya tidak memtahkan semangat Ifwat untuk meneruskan jagaan terhdap jentera ini. Setelah kesemua perlatan yang rosak diperbetulkan serta digantikan dengan yang baru, beliau telah mengambil keputusan untuk menaik taraf jentera ini.

Beberapa peralatan asal Mugen baik dari sudut kosmetik dan juga pada enjin dipindahkan keluar dari jentera tersebut, disimpan seterusnya digantikan dengan peralatan prestasi yang lain. Bahagian enjin jentera ini telah dinaik taraf dengan penggunaan peralatan prestasi lengkap dari Toda terdiri daripada piston, rod, crankshaft, aci sesondol A3, spring valve lengkap dengan retainer, ‘baffle pan’, ‘throttle body’ dan juga puley. Kesemua peralatan tersebut masih lagi dikekalkan sama dengan spesifikasi dari Mugen tanpa diubah sedikit pun.

Sistem ambilan udara diperolehi dari kotak udara Mugen gentian karbon yang masih lagi kekal dikedudukannya. Untuk penyejukkan enjin yang lebih baik, enjin ini turut dipasangkan dengan radiator aluminium Forged diikatkn bersama hos J’s Racing. Untuk sistem pencucuhan yang lebih unggul, set palam pencucuh NGK Iridium dipakaikan. Beberapa perkakasan lain yang turut digunakan termasuklah ‘oil catch tank’ Sard, M&M Honda ‘oil filler cap’ dan ‘high pressure radiator cap’serta cover spark plug gentian karbon Mugen sebagai penghias akhir. Gas karbon yang terhasil dari ruangan kebuk seterusnya dihantar keluar melalui ‘manifold’ ekzos Mugen 4-2-1 yang disambung kepada paip titanium kustom yang diikat terus pada pasangan muffler Noblesse di bahagian belakang.

Kuasa yang terhasil dari enjin dihantar terus ke bahagian roda oleh kotak gear manual asal yang dipasangkan dengan sistem klac OS Giken STR Super Single untuk prestasi penghantaran yang lebih cekap dibantu dengan penggunaan minyak gear dari Motul. Pengurusan bagi keseluruhan enjn pula dilakukan melalui unit ecu Hondata Flash Pro yang akan memastikan setiap talaan yang dilakukan lebih tepat.

Untuk tahap kestabilan lebih hebat, jentera ini telah dipasangkan dengan set penyerap hentak boleh laras dari Endless Zeal Function X. Ianya turut dilengkapi bersama Spoon ‘inner brace’ dan ‘steering collar’. Untuk pemberhentian yang lebih cekap, set brek lengkap Endless terdiri daripada kaliper 6 pot, pelapik brek serta rotor dan juga minyak brek telah menjadi pilihan untuk dipasangkan pada jentera berkuasa ini. Ternyata, pemiliknya ini amat menitik beratkan tahap keselamatan disamping peralatan yang berkualiti pada jentera kesayangannya ini.

Ruang dalaman jentera ini pula telah dihuni oleh tempat duduk Recaro SP-G III “Winning Rocket Gold Shell Model Limited” keluaran khas hanya 100 unit sahaja seluruh dunia. Selain itu, pelbagai perkakasan lain yang sangat hebat turut digunakan serta yang masih lagi dikekalkan asal didatangkan bersama jentera ini antaranya Honda NSX NA2 Horn Button, Mugen Steering wheel, Works bell quick release boss kit, titanium steering wheel bolt, Mugen Gear knob, Stradale Alcantara shifter boot , Stradale Short Shifter, Pioneer mixtrax 1 din radio, ecliptech shifter light, Honda access ambient light , Custom Red seatbelt by Takata Corporation, Mugen RR Carpet ,Mugen RR sports pedal and foot rest,Mugen Carbon fibre mirror cover serta Spoon Blue wide mirror. Meter Defi single din gauge (water temp, oil temp ,oil pressure) pula dipasangkan bagi membantu bagi memudahkan pemiliknya untuk memantau perjalanan enjin.

Penampilan luar jentera ini masih lagi dikekalkan dengan kit badan asal Mugen RR yang tampak sangat berlainan dengan model yang lain. ‘Hood’ hadapan yang asal telah digantikan dengan pemakaian  INGS + Fibre reinforce plastic hood bersama Sparco bonnet clip. Dibelakangnya pula dipasangkan dengan ‘charge speed Carbon fibre roof fin’ serta carbon adjustable rear wing and gurney flap. Untuk gaya yang lebih menyerlah, rim Volk Racing RE30 bersaiz 18 inci telah menggantikan rim Mugen yang asal dibaluti tayar berprestasi Yokohama Advan AD08R bagi tahap cengkaman yang lebih berkuasa.

Sekalung tahniah buat pihak DNT Tune (Choman) serta Ifwat sendiri kerana berjaya memelihara semula jentera yang boleh dikatakan pernah terabai sebelum ini. Segala peralatan asal Mugen yang telah digantikan dengan jenama yang lain bukanlah dijual atau dibuang, kesemuanya telah disimpan rapi bagi menjaga identiti serta nilai Mugen RR ini bagi masa yang akan datang!

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Honda Civic Mugen RR Mugen 無限 Power

Enjin : 2.0L K20A DOHC I-VTEC

Modifikasi Enjin : Toda piston, Toda connection rod, Toda Crankshaft, Toda A3 Camshaft , Toda Valve spring retainer , Toda Baffle pan ,Toda Big Throttle Body, Toda Lighten Pulley, Mugen RR Carbonfibre intake box ,Moty’s Engine Oil , SARD Oil Catch Tank , M&M Honda Oil Filler Cap, M&M Honda high pressure Radiator cap, J’s Racing Radiator hose J’s Racing Torque Damper ,Forged Aluminium Radiator , Oil Cooler ,Mugen Carbonfibre Sparkplug Cover, NGK iridium Spark Plug , Engine Ice Coolant, Mugen  4-2-1 exhaust manifold , 3” Custom Titanium Straight pipe, Noblesse Dual Mufflers

Transmisi : Stock ratio with LSD, OS Giken STR Super Single Clutch, Motul Gearbox oil

Elektronik : Hondata Flash Pro

Suspensi & Cesi : Endless Zeal Function  X Suspension , Spoon Inner Brace , Spoon Steering Collar ,

Sistem Brek : Endless 6pot Caliper ,Endless CCRG Brake Pads, Endless Rotor , Endless Brake Fluid

Roda & Tayar : Volks Racing RE30 Bronze 18×8.5 +42 Front  18×8.5 +52 Rear , Yokohama AdvanAD08 R 225/40/18

Dalaman : RECARO SP-G III Winning Rocket Gold Shell Model Limited (100 unit Worldwide), Honda NSX NA2 Horn Button, Mugen Steering wheel, Works bell quick release boss kit, titanium steering wheel bolt,, Mugen Gear knob, Stradale Alcantara shifter boot , Stradale Short Shifter, Pioneer mixtrax 1 din radio, Defi single din gauge (water temp, oil temp ,oil pressure), ecliptech shifter light, Honda access ambient light , Custom Red seatbelt by Takata Corporation, Mugen RR Carpet ,Mugen RR sports pedal and foot rest,Mugen Carbon fibre mirror cover , Spoon Blue wide mirror

Luaran : Mugen RR body kit , INGS+ Fibre reinforce plastic hood with Sparco bonnet clip, Charge speed Carbon fibre roof fin.Carbon adjustable rear wing and gurney flap, rear fog light

Bengkel & Tuner : DNT Tune (Choman)

GALERI : 

Share.

About Author

Leave A Reply