Honda Civic FD2 TypeR – Forever Young

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Berhabis untuk kepuasan diri sendiri adalah satu perkara yang membahagiakan!!!

Tiada yang mustahil pada zaman sekarang melihat seorang perempuan memandu jentera yang berprestasi di atas jalan raya lebih-lebih lagi manual dan bukannya auto. Jangan pula anda tersilap menduga jika terjumpa, jentera yang dipaparkan pada kali ini kerana bukanlah biasa-biasa.

Atas minat yang sama dengan suaminya, Diya Soffy telah memilih sebuah jentera Honda FD2 Type R sebagai jentera kegunaan hariannya. Namun begitu, jentera kesayangan beliau ini tidak hanya dibiarkan stendet pekak sahaja, tetapi telah di naik taraf dan tampak sangat menarik. Jika kita tidak tahu, mungkin akan menganggap jentera ini adalah milik seorang lelaki yang nakal penampilannya.

Nadi K20A pada jentera ini tidak diusik terlalu ekstrem, namun beberapa peralatan dan aksesorinya telah digantikan antaranya Spoon thermostat, fuel rail Golden Eagle, FD2R  GroupM air filter, Toda cam pulley, Koyorad radiator,  (ecu cover, cf fius box cover, cf radiator cover) gentian karbon, Spoon yellow head cover, Spoon yellow kevlar plug cover, Spoon radiator cap, Spoon oil cap dan Spoon damper. Gas karbon dari dalam enjin ditolak keluar melalui header berjenama Toda yang diikat bersama sistem paip ekzos J’s Racing.

Kuasa dari enjin kemudiannya disampaikan ke bahagian roda melalui kotak gear yang dilangkapi klac OS Giken Master yang pastinya akan melakukan tugasnya dengan cemerlang. Unit ECU Hondata Flashpro pula menguruskan keseluruhan sistem enjin agar dapat ditala serta berfungsi dengan lebih teratur keseluruhannya.

Sistem penyerap hentak boleh laras Ohlins dipasangkan untuk memberi kedudukan lebih baik di antara jentera dan permukaan jalan disamping memberi keselesaan dalam sesi pemanduan. Selain itu, jentera ini juga turut dipasang dengan ‘adjuster chamber’ belakang dari Hardrace. Kuasa memberhentikannya pula dipertanggungjawabkan pada kaliper Brembo 6 pot yang dipasang kemas di bahagian belakang manakala yang asal masih lagi bertugas dengan sempurna.

Kebanyakkan barangan di dalamnya masih lagi kekal dengan yang asal, namun ada beberapa peralatan yang digantikan untuk memberi sedikit keistimewaan kepada jentera ini  seperti Spoon dress mirror, tombol gear  J’s racing serta deretan meter Defi Advance CR Na package ( Water temp, Oil temp, Oil press, Defi advance ZD).

Penampilan luarnya menjadi tarikan utama apabila kerana beberapa kit badan yang dipakaikan adalah dari Spoon yang terdiri daripada bumper hadapan, hood gentian karbon, cermin sisi (blue), bonnet belakang gentian karbon dan juga GT Wing. Fender (wide) sisinya pula diperbuat dari bahan gentian karbon khusus bagi jentera ini. Rim TC105N berukuran 18 inci dibaluti tayar Bridgestone Potenza RE71R melengkapkan lagi jentera ini.  Akhir sekali, warna serta pelekat luarnya telah direka sama seperti Spoon yang sebenar.

Kesemua yang dilakukan pada jentera ini adalah tanggung jawab yang digalas oleh pihak JDM Spec Racing.  Adakah ini sudah cukup sempurna bagi pemiliknya?

Spesifikasi Shift!

Enjin : Stock K20A

Modifikasi Enjin : Spoon thermostat, fuel rail Golden Eagle, FD2R  GroupM air filter, Toda cam pulley, Koyorad radiator, cf ecu cover, cf fius box cover, cf radiator cover, Spoon yellow head cover (original), Spoon yellow kevlar plug cover (original), Spoon radiator cap (original), Spoon oil cap (original), Spoon damper (original), header toda, piping system J’s Racing

Transmisi : OS Giken Street Master clutch

Elektronik  : Hondata Flashpro

Suspensi & Cesi : Ohlins adjustable/coilover,  Hardrace rear adjuster chamber

Brek : Brembo  6 pot

Roda & Tayar : TC105N 18inch 8.5jj 45et, tayar Bridgestone Potenza RE71R

Dalaman : FD2R steering wheel  (original), FD2R seat (original), Spoon dress mirror (original), Js racing gear knob (original), Defi Advance CR (original) Na package, Water temp, Oil temp, Oil press, Defi advance ZD

Luaran : Spoon front bumper (original), Spoon hood CF (original), Spoon  blue side mirror (original), Spoon rear bonnet cf (original), Spoon gt wing (original), CF wide body fender

Bengkel & Tuner : JDM Spec Racing

Foto : Kenny Yeoh@eosguy

GALERI : 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply