Honda Civic EK3 – Mercury Fury

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bila sudah jatuh cinta, tidak ku pilih batu atau permata…

Melakukan sesuatu restorasi atau naik taraf pada sesebuah jentera nampak seperti mudah. Tetapi adakah anda tahu ianya memerlukan banyak kesabaran dan kebolehan bagi memastikan ianya dapat memberikan hasil yang sempurna.

Untuk memuaskan nafsu si pemilik ianya bukanlah satu modal yang kecil. Jika berkemampuan pasti semua mahu ditukarkannya. Namun, setiap pemilik perlu menghadkan nafsu mereka dek kerana harga untuk setiap alat ganti dan aksesori yang diinginkan bukanlah seperti membeli ikan bilis di pasaraya.

Honda Civic EK3 ini nampak gayanya benar-benar telah dijaga dengan sempurna oleh pemiliknya. Dari setiap sudut kita dapat ketahui bahawa beliau telah melabur belanja yang banyak untuk mendapatkan hasil seperti yang kita lihat sekarang. Dengan tema Mugen, pastinya keseluruhan kit badannya telah disalinkan lengkap dari Mugen yang memiliki kepopularannya yang tersendiri.

Dengan memiliki rupa yang hebat, pastinya nadi jentera ini turut tidak dilupakan. Enjin B18CR yang menjadi pilihan telah diberi sedikit suntikan prestasi bagi memperkasakan tenaganya di atas jalan raya. Di dalam kepala silinder telah ditempatkan aci sesondol Toda yang diikatkan bersama pulley boleh laras dari Buddy Club. Hantaran gas karbon keluar pula akan melalui ekstraktor Mugen 4-2-1yang diikat kemas pada enjin. Untuk nampak lebih menarik, pelindung enjin Mugen telah dipasangkan dengan begitu kemas.

Kuasa yang terhasil dari enjin kemudiannya disampaikan ke bahagian roda melalui otak gear yang dilengkapi ratio 3 dan 4 serta final drive dari OS Giken bersama-sama klac Ogura di dalamnya. Unit ecu Hondata yang digunakan pula akan memastikan segala pergerakkan enjin diuruskan dengan sempurna. Sistem penyerap hentak boleh laras Aragosta yang dipakaikan akan memberi khidmat bagi menjamin keselesaan kepada para penumpang dan pemandu di dalamnya.

Stereng Mugen FG360 beserta bosskit Worksbell dipadankan bersama untuk memdahkan pemandu mengemudi jentera ini. Kelihatan juga meter EK9 Mugen turut dipasangkan bersama. Turut berjenama Mugenadalah meter Defi, tombol gear serta pedal yang melengkapkan lagi pakej yang ada pada ruang dalaman jentera ini. Untuk keselamatan, tempat duduk jentera ini turut disertakan bersama tali pinggang Takata.

Akhir sekali, mata kita pasti akan tertumpu kepada padanan rim MF10 yang dipasangkan pada jentera ini. Rim yang menjadi idaman ramai pengguna di luar sana ini memastikan penampilan jentera ini tampak lebih lengkap dan bergaya ditambah pula lampu hadapan titanium EK9 serta lampu belakang Sonar.

Spesifikasi Shift!

Kereta : Honda Civic EK3

Modifikasi Enjin : B18C Type R, Mugen valve cover aftermarket, Mugen 421 extractor, , Skunk2 muffler, Toda A camshaft, Buddy club cam pulley

Transmisi : Ogura clutch, Ratio 3 4 OS Giken, OS Giken final drive

Elektronik : Hondata

Suspensi & Cesi : Aragosta suspension, Mugen bar,

Dalaman : Mugen FG360 steering, Worksbell boss kit, Mugen EK9 meter cluster, Mugen Defi, Mugen gearknob, Mugen pedal, Takata belt

Roda & Tayar : MF10 bronze 16 inch

Luaran : EK9 Mugen Aero, EK9 titanium head lamp, Sonar tail lamp

 

Share.

About Author

Leave A Reply