Honda Civic EK2 – Mango Legend

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Segalanya dia mahukan yang ‘RARE”

Kos sara hidup di negara kita semakin tinggi, namun ianya tidak pernah menjatuhkan semangat para pemilik kereta untuk menaik taraf jentera kesayangan mereka. Dengan apa cara sekalipun, mereka tetap akan berusaha untuk memastikan jentera mereka berada pada kondisi dan penampilan yang diinginkan.

Sedikit demi sedikit sesbuah jentera itu diubah suai dan akhirnya mendapat satu kepuasan yang tidak dapat dinilai dengan segala-galanya. Inilah yang sering kali dirasai oleh para pemilik yang sentiasa puas dengan apa yang mereka hajati.

Pemilik jentera Honda Civic EK2 yang anda dapat lihat sekarang merupakan seorang yang tidak pernah putus asa atau bosan untuk melakukan modifikasi terhadap jentera pemanduan harian beliau. Jika dahulu memiliki sebuah jentera Honda 4 pintu, kini beliau telah berubah arah kepada 4 pintu dengan spesifikasi yang lebih berbeza.

Jentera ini telah dipadankan dengan nadi B18C Type R dengan pelbagai naik taraf yang hebat. Kepala silinder enjin ini telah dilakukan proses ‘port n polish’ dari Nasty Port Flow yang telah diketahui kehebatannya. Ia seterusnya dipadankan dengan aci sesondol milik Skunk2 yang diikatkan bersama pulley juga dari jenama yang sama. Tali sawat utamanya pula dipadankan dari jenama GReddy untuk ketahanan yang lebih berganda. Beberapa peralatan dari jenama Spoon turut menjadi pilihan untuk digunakan pada enjin ini antaranya kabel palam pencucuh serta unit ‘throttle body’ yang disambung dengan ‘air intake’ Avantech Racing dalam membantu janaan kuasa lebih mantap.

Gas karbon yang terhasil dari pembakaran dalam ruangan enjin ditolak keluar melalui ekstraktor PLM yang disambung paip tahan akarat berukuran 2.5 inci serta perendam bunyi dari HKS Hi-Power yang digantung di bahagian belakang jentera ini. Kuasa dari enjin kemudian disampaikan ke bahagian roda melalui kotak gear lengkap semi LSD dan final drive 4.4 dari Cusco serta ratio penuh. Untuk penghantaran kuasa lebih sempurna, klac Ogura Super Single telah menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Untuk talaan lebih hebat dan teratur, ecu Crome Gold telah dipadankan untuk memastikan keseluruhan janaannya lebih teratur.

Untuk keselesaan, set penyerap hentak boleh laras BC Racing HLSH telah dipakaikan di keseluruhan jentera ini. Sistem brenya juga telah dikuasakan lagi dengan penggunaan kaliper AP Racing lengkap dengan hos tahan karat serta rotor 2 piece dari jenama yang sama di bahagian hadapan. Brek belakangnya pula masih lagi dikekalkan milik EK9 yang asli.

Tempat duduk Recaro bewarna merah serta stereng milik Integra DC5 telah dipadankan di bahagian dalam. Selain itu, beberapa pearalatan milik EK9 juga turut dipasang antaranya karpet besar dan kecil, dootrim serta papan pemuka lengkap meter paparan utama.

Penampilan luar kini lebih bergaya dengan salinan penuh dari model Civic EK9 ditambah pula lampu titanium di bahagian depan dan sonar di belakang serta sunroof dari EK4. Beberapa peralatan dari gentian karbon yang turut menghiasi jentera ini terdiri daripada hood hadapan, trunk, grill, cermin sisi, spoiler belakang, lips, penutup bahan api, bumper dan yang paling menarik fender sisinya adalah dari J’s Racing.

Tidak lengkap sesebuah jentera hebat jika tidak dipasangkan dengan rim yang menarik. Oleh yang demikian, Rare Zamri telah memadankan rim Volk Racing CE28 berukuran 15 inci 7jj dan offset 43 (rare juga katanya) kepada jentera beliau. Tayar Yokohama AD08R 195/55R15 diberi tanggungjawab untuk memastikan cengkaman lebih cekap di atas permukaan jalan.

Adakah beliau akan berhenti untuk main kereta satu hari nanti? Rasanya tidak!!!

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Honda Civic EK2

Enjin : B18C Type R

Modifikasi Enjin : Full  engine B18C Type R 2000 spec, Block stock B18C Type R 2000, Head port polish by Nasty Port Flow, cam Skunk2, Campully Skunk2, plug cover Skunk2, timing belt GReddy, throttle body Spoon, cable plug Spoon, air intake by Avantech Racing, extractor PLM original, full piping system stainless steel 2.5 inc, Muffler HKS Hi-Power

Transmisi : Clutch Ogura Super Single, Gearbox semi LSD from cusco, Final drive cusco 4.4, Fully Ratio gearing, 1- 3.076, 2- 1.900, 3- 1.652, 4- 1.308, 5- 1.000

Elektronik : Crome Gold tuning

Suspensi & Cesi : Adjustable BC Racing HLSH

Sistem Brek : Caliper AP Racing 5000R, steel braided hose  AP Racing, Disc 2 piece AP Racing front

Roda & Tayar : Volk Racing CE28 15inci Japan 7jj ofset 43 (rare spec), Yokohama AD08R 195/55/15

Dalaman : Stereng  DC5 Type R, Seat Recaro DC5 Type R merah, karpet besar & kecil EK9 2000, Doortrim EK9 2000, Paddle RX2000, dashbord complete meter EK9 2000

Luaran : Full convert from EK2 to EK9 2000, Lampu depan titanium, Lampu belakang sonar, sunroof EK4, lower arm Function7 USA, (CF) Hood, trunk, grill, side mirror, spoiler, fender J’s Racing, lips, fuel cap, bumper

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply