Honda Civic EK2 – Banana Ice Cream

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Semua yang terbaik datang segar dari ladang!

Jika membina sesebuah jentera yang membuat kita merasa bangga bukanlah ingin dicop sebagai superstar, akan tetapi ianya adalah sesuatu yang amat menggembirakan hati kita sendiri. Dengan kemampuan yang kita ada, maka dapatlah sesbuah jentera itu dibina mengikut apa yang kita hajati.

Sempena dengan keluaran khas, kami menampilkan semula jentera yang sebelum ini pernah dipaparkan suatu masa dahulu. Honda Civic EK2 milik si pengantin baru, Anuar Mektar sekali lagi mendapat tempat di dalam Shift bersempena dengan keluaran khas Mugen Edition pada kali ini.

Seperti yang kita lihat, keseluruhan kit badan jentera hebat ini telah dipakaikan dengan kit badan asli keluaran Mugen Aero 96 yang semakin hari makin tinggi nilainya dipasaran baik di dalam Malaysia mahupun luar negara sendiri. Dahulunya, kit badan Mugen ini tidak mendapat perhatian, akan tetapi ianya semakin menjadi buruan ramai pengguna jentera Honda. Ketampanan badan EK2 ini diserikan lagi dengan kehadiran ‘hood’ hadapan gentian karbon dari J’s Racing.

Nadi asal jentera ini juga telah digantikan dengan penggunaan enjin milik DC5 Type R iaitu K20 yang telah mendapat sedikit sentuhan bagi memberi lebih prestasi di atas jalan raya. Enjin tersebut telah dipegang erat oleh mounting dari Hasport. Penjanaannya telah dibantu menggunakan palam pencucuh dari NGK Iridium. Bahan api dari tangki utama dipam ke bahagian enjin menggunakan pam dari Walbro. Penyejukkan enjin telah diperkasakan dengan penggunaan thermostat J’s Racing serta unit radiator Forged.

Gas karbon hasil pembakaran dalam enjin dihantar keluar melalui ekstraktor ekzos PLM yang disambung terus ke muffler J’s Racing berukuran 3 inci di bahagian belakang. Kuasa yang terhasil kemudiannya dihantar ke bahagian roda oleh kotak gear manual 6 kelajuan juga milik dari DC5 Type R. Pergerakkan enjin menjadi lebih padu dengan bantuan unit ecu dari Hondata KPro.

Cesi utama jentera ini telah diperkasakan dengan pemakaian set suspensi boleh laras Tein Flex Track Spec yang telah dikustomkan.selain itu, jentera ini turut diapsang dengan lower arm dari Function 7. Untuk pemberhentian lebih cekap, sistem brek jentera ini telah dinaik taraf dengan penggunaan set lengkap kaliper dan pelapik brek dari Endless.

Ruang dalaman jentera ini turut dilengkapkan dengan aksesori dari Mugen ia termasuklah tempat duduk bucket Mugen S1 EK9, stereng Mugen Racing 3, meter Defi, tombol gear dan bar belakang. ‘Pillar bar’ B + C jentera ini pula dari jenama Top Fuel. Selain itu, karpet, pelapik kaki, papan pemuka dan juga ‘door trim’ jentera ini pula diambil milik Civic EK9.

Penampilan jentera ini tidak lengkap jika rim serta tayanya tidak bersesuaian. Oleh yang demikian, pemiliknya telah memadankan rim Volk Racing TE37 berukuran 15 inci dan dibaluti pula dengan tayar Toyo Proxes R88 keseluruhannya pada jentera ini. Ya, tampak mewah bukan. Tetapi anda juga kena tahu bagaimana proses dan juga cabaran yang dilakukan oleh pemiliknya bersama bengkel yang dipertanggungjawabkan iaitu Izal Autoworkz untuk menyiapkan jentera seperti yang dapat dilihat sekarang. Hasilnya? Anda mampu menilainya…

Spesifikasi Shift!

Kereta : Honda Civic EK2 1997

Modifikasi Enjin : Enjin K20A DC5R, Hasport engine mounts, PLM exhausht header, 3 inchi straight flow, J’s Racing 3 inchi muffler, NGK Iridium Spark Plug, Walbro fuel pump, radiator Forged, J’s Racing thermostat

Transmisi : DC5R 6 speed manual

Elektronik : Hondata KPro

Suspensi & Cesi :  Function 7 lower arm, Tein Flex custom track spec, 14kg front, 9kg rear, EK9 knuckles, Cusco tower bar

Brek : disc caliper & brake pad Endless

Roda & Tayar : Volk Racing  Rays TE37 15x8jj offset + 27 (front) 15×6.5jj offset + 25 (rear), Toyo Proxes R888 205/50/15 (depan), Toyo Proxes R888 195/55/15 belakang

Luaran : Complete Mugen Aero 96 bodykit, J’s Racing carbon fibre hood

Dalaman : Mugen S1 EK9 full bucket with Mugen railling, Mugen Racing 3 steering wheel, Mugen Defi assist meter, Mugen shift knob 6 speed, Mugen fuel cap, Mugen bar rear, Top Fuel b + c pillar bar, EK9 carpet,  floor mats, dashboard & door trim

Workshop : Izal Autoworkz 0123741363,  Anuar Mugen Auto 0126565747

Share.

About Author

Leave A Reply