Honda Civic EG8 – MockingBird

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Melihat jentera ini ianya kelihatan seakan sama dengan jentera-jentera lain yang ada di Malaysia. Keseluruhannya sama dan tidak dinafikan ianya sangat menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Namun, jika diperhatikan betul-betul, ada sesuatu yang ganjil pada jentera ini. Biasanya ruangan pemandu adalah di sebelah kanan tetapi, jentera ini telah diimport dari luar dan ruang pemandunya adalah di sebelah kiri. Ini merupakan satu keistimewaan yang terdapat pada jentera ini kerana, bukan semua orang di Malaysia boleh memandu kenderaan manual jika duduk di bahagian kiri. Memang ianya sangat janggal untuk kita. Namun, disebabkan sudah menjadi kebiasaan, ianya terlalu mudah bagi pemiliknya.

Jentera yang bernadikan enjin B16B ini telah mendapat sentuhan yang sederhana sahaja daripada pihak MZTuned. Pemiliknya mahukan suatu naiktaraf yang tidak keterlaluan supaya ianya senang dipandu kemana sahaja namunmasihboleh mempamerkan aksi yang luar biasa apabila tercabar. Enjin ini kelihatan telah dipasangkan dengan unit throttle body S90 untuk ambilan udara lebih sempurna memasuki ruangan intake.

Air flow nya juga turut dikustomkan bagi melancarkan lagi kemasukkan udara yang disedut memasuki ruangan enjin. Bahan api dari tangki utama dihantar dan dilaraskan melalui ’fuel regulator’ milik Sard. Gas karbon hasil dari pembakaran dalam enjin ditolak keluar melalui ekstraktor Hi Tec terus ke bahagian muffler milik J’s Racing di belakang.

Penguasaan enjin ini menjadi lebih menyerlah dengan penggunaan unit ecu Hondata yang telah berjaya menala keseluruhan enjin menjadi lebih bertenaga berbanding biasa. kotak gear S4C dilengkapi ‘final drive’ 4.7 dan klac Ogura Super Single telah memastikan kuasa yang disampaikan ke bahagian roda menjadi lebih cekap keseluruhannya.

suspensi boleh laras Tein Flex HLSH yang digunakan telah berjaya memastikan badan jentera ini stabil ketika seluruh kuasanya dipacu di atas jalan raya sekaligus memberikan lebih keselesaan semasa sesi pemanduan. Oleh kerana sistem brek asalnya masih berfungsi dengan cemerlang, pelapik brek dari Bendix Metal King telah dipakaikan bagi memberi lebih kecekapan untuk memberhentikan jentera ini.

Ruang dalaman jentera ini telah dilengkapi dengan pelbagai aksesori aftermarket yang membuatkan jentera ini lebih hebat dari biasa. Antara aksesori yang kelihatan adalah stereng Mugen, tempat duduk bucket karbon Kevlar berjenama Konic, tempat duduk penumpang hadapan Recaro EK9 yang dipasang bersama tali pinggang keledar Takata manakala di bahagian papan pemukanya pula diupasangkan dengan meter voltan dan juga suhu air bersama-sama Apexi RSM. Untuk memastikan keseluruhan cesi badan jentera ini lebih seimbang, k-bar dan bar tengah rekaan kustom telah dipasang di bahagian dalamnya.

Left hand drive mat!!!

Bahagian luarannya pula diperhebatkan lagi dengan penggunaan hood hadapan dan Spoiler J’s Racing, lips hadapan Mugen, lampu hadapan dan signal USDM, foglamp EG9, lampu belakang Sonar EG9 serta lower arm dari Fuction 7 lengkap. Tampak lebih menarik, rim TE37 Magnesium Blue Thailand telah menjadi pilihan serta dipasang bersama tayar Toyo Proxes R888 bagi cengkaman lebih jitu di atas permukaan jalan.

Ternyata, hasil kerja tangan dari MZTuned ini benar-benar menampilkan sesuatu yang sangat hebat! Bukan mudah untuk mengendali jentera yang berbeza kedudukannya di negara kita. Ternyata pemiliknya amat kental…

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Honda EG8 1995 Left Hand Drive

Enjin : B16B

Modifikasi Enjin : Custom air flow, throttle body S90, fuel regulator Sard, plug cable 9mm, extractor Hi-Tech, muffler J’s Racing

Transmisi : G.Box S4C final 4.7, clutch Ogura Super Single

Elektronik : Hondata

Suspensi : Tein Flex HLSH body shift + pillow ball

Brek : Asal

Roda & Tayar : Rim TE37 Magnesium Blue Thailand, tayar Toyo Proxes R888

Dalaman : Stereng Mugen, Konic Carbon Kevlar (pemandu), seat Recaro EK9 (penumpang), Volt & water temp kustom, Apexi RSM, belt Takata, karpet EG9

Luaran : Hood & spoiler J’s Racing, lips depan Mugen, lips Universal, Lampu depan USDM, signal USDM, foglamp EG9, lampu belakang sonar EG9, lower arm Function 7

Bengkel & Tuner : MZTuned

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply