Honda Civic EG6 Sani United Avantech – Ahead of The Game

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kelibat jentera ini semakin popular kelihatan di banyak pertandingan drag yang diadakan dalam negara kita. Setelah banyak proses r&d dan masa dihabskan untuk mendapatkan hasil yang membanggakan, maka terhasillah sebuah jentera hebat yang sentiasa memberi tentangan kepada pesaingnya di atas litar lumba.

Korang tau tak, dah berapa lama duk mengecek Mie Avantech nak shoot kereta drag dorang, tahun 2016  baru dapat!!!

Jentera perlumbaan Honda Civic EG6 VTEC Turbo ini dibina hasil usahasama di antara pihak Avantech dan juga Sani Hotel. Beberapa tahun yang lepas, jentera ini telah menjalani pelbagai proses naik taraf dan uji kaji sebelum ianya dapat menampilkan persembahan hebat seperti yang dapat dilihat sekarang. Penjanaan kuasa jentera ini adalah dengan mengggunakan nadi berkod B20B yang telah diubah suai keseluruhannya.

Nadi baru bagi jentera yang sangat berprestasi ini dilengkapi dengan blok Super 90 lengkap dengan set piston Arias berukuran 84mm dan ring JE Pro Seal. Tujahan kuasa dalam enjin tambah lebih hebat dengan padanan conrod aluminium dari BME. Kepala silindernya juga telah dilakukan proses port and polish serta sedikit ubahsuai yang lebih baik untuk prestasi yang lebih maksimum oleh pihak Nasty Port Flow termasuklah dalam pembikinan valve guide dan seat. Aci sesondol WEB kemudiannya dipasangkan diikatkan bersama pulley boleh laras dari TODA. Ianya juga turut dipasangkan dengan valve, spring, retainer serta seal dari Ferrea.

Udara yang telah disejukkan oleh unit intercooler HKS kemudiannya disedut masuk ke dalam intake manifold Skunk2 Ultra Racing oleh throttle body juga dari jenama yang sama berukuran 90mm. Udara berlebihan pula ditolak masuk menggunakan blow-off Tial yang ditenggekkan pada paip stainless steel sambungan tersebut. Penjanaan enjin menjadi lebih bertenaga dengan pemakaian unit turbo GT40 rekaan kustom dari pihak Tong Turbo didampingi bersama wastegate Tial dan juga manifold ekzos dari Tonnka.

 

Bahan api dari tangki utama dipam masuk menggunakan 3 pam Bosch 044 terus ke pelaras bahan api Tomei dan disampaikan ke rel AEM untuk dipancutkan oleh injektor Siemens DEKA ke dalam bahagian kebuk.  Untuk penyejukkan yang lebih mantap, radiator  aluminium ARC telah digunakan dan diikat di bahagian hadapan enjin tersebut.

Penyampaian kuasa ke bahagian roda pula dilakukan menerusi Albins Dogbox 1-4 beserta  dengan klac  Competition triple plate dan LSD Quaife yang akan memastikan keseluruhan tenaga yang dipacu ke bahagian roda berada pada kiraan yang tepat dan cekap. Untuk talaan yang lebih sempurna pada enjin hebat ini, ianya turut dilengkapi dengan ‘map sensor’ Hondata 4 bar serta unit ecu LINK Extreme bagi penjanaan kuasa yang lebih maksima dan terkawal.  Untuk pemantauan di dalam enjin, meter boost, fuel press, oil press berjenama Works dipasangkan di bahagian papan pemuka.

Bagi menguatkan lagi keseluruhan cesi jentera ini, ianya telah dipasangkan dengan ‘roll-cage’ dari Cusco serta kit chamber dari Skunk2. Selain itu juga, ‘mounting’ enjinnya juga turut dikustomkan bagi menguatkan lagi pegangannya pada badan jentera semasa keseluruhan kuasanya dipaksa bertugas.  Tahap kestabilannya pula dipertanggungjawabkan pada sistem suspensi boleh laras yang dikustomkan pada bahagian hadapan manakala set suspensi dari Ftuned di belakang.

Untuk sistem pemberhentian yang lebih cekap, keseluruhan brek pada jentera ini telah dinaik taraf dan diubah mengikut kesesuaian yang diperlukan bagi memberhentikan jentera yang memiliki kuasa luar biasa ini. Ruang dalaman jentera drag ini juga amat ringkas. Tempat duduk bagi pemandunya diambil dari model bucket Bride Zeta III dipadankan bersama stering dari Mugen.

Bahagian luarannya juga masih kekal dengan kit badan EG6 manakala di bahagian hadapannya telah dikustomkan bahagian bumper hadapan serta fender tepinya bagi memuatkan rim Weld berukuran 15 inci beserta tayar perlumbaan M&H Racemaster Dragslip. Rim Weld Skinnies pula dipasangkan di bahagian belakang bersama tayar Hoosier 4.5×24.5. Hood hadapan jentera ini pula juga direka khas dari bahan gentian fiber yang ringan dan padat berbanding hood asalnya yang berat serta tidak sesuai untuk tujuan perlumbaan drag.

Kami di Shift mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Avantech Racing dan juga saudara Suhaimi serta kru lain yang telah bertungkus lumus serta memberi kerjasama semasa sesi fotografi jentera ini dijalankan. Diharapkan kami akan berpeluang merakamkan lagi gambar jentera-jentera hebat dari Avantech pada masa akan datang!

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Honda Civic EG6

Enjin : B20B

Modifikasi Enjin : Block Super90, piston Arias 84mm 11.0:1, conrod BME alluminium, piston ring JE Pro Seal, head gasket JE Pro Seal, timing belt Gates,  port n polish by Nasty Port Flow (NPF), WEB camshaft, TODA campulley, (valve, spring, retainer & seal) Ferrea, valve guide & seat NPF,  NGK Iridium Spark plug, intake manifold Skunk2 Ultra Racing, throttle body Skunk2 90mm, boost selenoid MAC, intercooler HKS, exhaust manifold Tonnka, turbo GT40 custom by Tong Turbo, Blow –off Tial, wastegate Tial, fuel pump Bosch 044, fuel rail AEM, fuel regulator Tomei, injector Siemens DEKA, oil catch tank GME Racing, radiator ARC, hose Works, head stud Speedfactory L19

Transmisi : Competition Clutch triple plate, Albins Dogbox 1-4 Speedfactory SCHA, LSD Quaife

Elektronik : Map sensor Hondata 4 bar, ecu LINK Extreme, meter (boost, fuel press, oil press) Works

Suspensi & Cesi : Engine mounting custom, Ftuned (belakang), custom (depan), chamber kit Skunk2, roll-cage Cusco

Brek : Custom for drag use

Rim & Tayar : rim Weld 15” + M&H Racemaster 26×10 Dragslick tyre  (depan), Weld Skinnies + Hoosier 4.5×24.5 tyre (belakang)

Dalaman : Bride Zeta III bucket seat, Mugen Stering,

Luaran : EG6, hood fiber, fender & bumper fiber custom for drag race

Bengkel & Tuner : Avantech Racing

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply