Honda Civic EG6 – Road Turbulence

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Dunia permotoran di Malaysia ada pelbagai cabangnya. Ada drag, ada trek, ada gymkhana, ada rally, ada ‘grassrot’ dan bermacam-macam lagi yang kita sendiri ketahui berada di sekeliling kita. Setiap jentera yang digunakan pula memiliki pelbagai keistimewaan dengan hasil ubahsuai serta talaan yang bersesuaian dengan kegunaannya. Bagi mendapatkan keputusan yang terbaik, ianya haruslah dilakukan dengan sangat teliti disamping kepakaran yang terdapat pada mekanik yang dipertanggungjawabkan.

Duit sudah lagi tidak menjadi ukuran jika kita mahukan sesebuah jentera itu mampu memberikan satu keputusan yang sangat memuaskan hati kita. Bagi mereka yang sentiasa mengimpikan sebuah jentera yang laju dan berkuasa di atas jalan raya, Honda Civic EG6 hasil kerja tangan pihak ESR Garage di perlis ini merupakan salah satu contoh yang amat baik.

Nadinya telah di padankan dengan blok Super90 yang lebih tahan berbanding blok yang asal lengkap dengan piston bersaiz 86mm di dalamnya. Bagi tujahan kuasa yang lebih berganda, ianya turut dikuasakan lagi dengan pemakaian conrod aluminium dari GRP. Kepala silindernya pula telah melalui proses ‘port n polish’ dari pihak Nasty Port Flow yang sudah diketahui hasil dan kualiti yang tidak pernah mengecewakan. Ianya kemudian dipasangkan dengan aci sesondol TB Motorworx diikat bersama pulley boleh laras dari T1 dipadankan pula dengan spring valve dan retainer dari Skunk2 serta valve dan ‘guide’ dari Ferrea. ‘Head stud’ dari ARP pula berfungsi sebagai pengikat yang akan memastikan ikatan yang lebih kukuh diantara kepala silinder dan blok enjin ini.

Udara luar disedut masuk ke bahagian intake Skunk2 Ultra Race menggunakan ‘throttle body’ Skunk2 bersaiz 90mm. bahan api dari tangki utama di pam masuk menggunakan pam Bosch 044 ke pelaras Works dan dihantar terus ke deretan injektor Id bersesaran 1000cc untuk dipancitkan ke dalam bahagian kebuk pembakaran. Pembakaran dalam enjin turut diperhebatkan lagi dengan penggunaan palam pencucuh dari AVS. ‘Oil catch tank’ rekaan GME Racing telah dipasang bagi mengelakkan minyak berlebihan memasuki semula ke dalam ruangan enjin. Gas karbon monoksida hasil dari pembakaran dalam ruangan kebuk dihantar keluar melalui manifold ekzos HyTech yang diikat kemas pada bahagian kepala silinder.

Kuasa yang terhasil kemudiannya disampaikan ke bahagian roda melalui kotak gear Thanathon Dogbox 1-4 lengkap dengan klac Competition twin plate serta SpeedFactory SCHA dan LSD Mfactory LSD. Penjanaan kuasanya pula lebih dipertingkatkan dengan penggunaan unit ecu Link G4+.

Bagi pengendalian jentera lebih cekap disamping tahap kestabilan yang lebih mantap, jentera ini dipasangkan dengan sistem suspensi boleh laras dari Tein keseluruhannya manakala ‘mounting’ Hasport yang turut membantu memegang erat di antara enjin dan badan jentera ini ditambah pula penggunaan kit ‘chamber’ dari Hardrace. Bagi memberhentikan jentera buas ini, sistem brek asal masih lagi dikekalkan dibahagian hadapan dilengkapi pula dengan pelapik brek Bendix Metal King untuk cengkaman yang lebih kuat manakala brek belakangnya pula dikustomkan bersesuaian dengan kuasa yang terdapat pada jentera ini.

Ruang dalaman jentera ini masih lagi kekal dengan yang asal manakala tempat duduk pemandunya pula digantikan dengan penggunaan tempat duduk dari Sparco serta dipasangkan dengan meter ‘oil press’ dari Works serta ‘strain gauge flatshift’.

Bahagian luarnya pula telah dikustomkan di bahagian hadapan dengan bahan gentian karbon bagi memuatkan rim Belaks bersaiz 15 inci lengkap dengan tayar perlumbaan Hoosier semi 26×11.5 manakala rim Regamaster berukuran 15 inci pula dipasang di bahagian belakang.

Hasil kerja tangan pihak ESR Garage ini telah di tala dengan begitu teliti oleh pihak Dinn Dynamics Tuning bagi memastikan ianya mampu berkuasa dan memberi persembahan yang sangat hebat di atas litar lumba!

Spesifikasi Shift!

Kereta : Honda Civic EG6

Modifikasi Enjin : Block Super90, piston 86mm 16.1:1cr, conrod GRP alluminium, head gasket oem, timing belt Gates, port polish Nasty Port Flow (NPF), TB Motorworx camshaft, T1 campulley, Skunk2 valve spring & retainer, Ferrea valve, Ferrea valve guide, AVS spark plug, intake manifold Skunk2 Ultra Race, throttle body Skunk2 90mm, exhaust manifold HyTech, fuel pump Bosch 044, fuel regulator Works, injector Id1000cc, oil catch tank GME Racing, head stud ARP custom.

Transmisi : Competition clutch twin plate, Thanathon Dogbox 1-4, SpeedFactory SCHA, MFactory lsd.

Elektronik : Ecu Link G4+

Suspensi & Cesi : Hasport engine mounting, Tein belakang dan depan, chamber kit Hardrace

Sistem Brek : Depan oem, Belankang custom

Roda & Tayar : Rim Belaks 15″ + tayar Hoosier semi 26×11.5, Rim Regamaster  blkg 15×7

Dalaman : Sparco seat, interior oem EG6, oil press Works, strain gauge flatshift

Luaran : EG6, fender bumper bonet carbon fiber custom

Bengkel : ESR Garage, Perlis

Tuner : Dinn Dynamics Tuning

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply