Honda Civic EG6 Dragster – Eat Sleep Race

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Terima kasih ESR Garage atas ciptaan jentera yang hebat ini…

Walaupun acara semegah Sepang Drag Battle tiada lagi dalam senarai kalendar perlumbaan, namun acara-acara yang dulunya bertaraf amatur kini menjadi lebih popular dan hebat. Sebagai contoh acara-acara yang dianjurkan oleh MUSC Motorsports yang kini berjaya menarik ramai minat anak muda ke litar lumba anjuran mereka. MUSC Drag Race yang satu ketika dulu hanya dianjurkan di pekan-pekan kecil, kini skala perlumbaan dikembangkan lagi dengan penganjuran di tengah-tengah kepesatan Bandar seperti Dataran Merdeka dan Alor Star. Tidak cukup dengan itu, penganjuran mereka juga telah melepasi sempadan Semenanjung Malaysia dengan penganjuran di Sabah dan Sarawak.

Dari kisah kejayaan MUSC Motorsports itulah yang akan melahirkan pasukan-pasukan baru untuk menyertai perlumbaan. Jika anda seorang peminat yang tegar terhadap dunia permotoran di Malaysia termasuklah cabang sukan bermotor drag, pastinya anda biasa mendengar nama ESR Garage. Geng dragster dari utara yang begitu mengkagumkan ramai orang hingga mengangkat nama mereka sebagai idola permotoran.

Honda EG6 yang menjadi taruhan mereka telah mengecapi kejayaan demi kejayaan. Namun begitu, kejayaan yang diraih mereka tidak datang bergolek. Jika dihitung segala kesabaran dan pengorbanan serta wang pelaburan tidak terjangkau dek akal. Hanya kepuasan dari kejayaan yang diraih mampu membayar semua itu. Walau berasal dari negeri yang kecil iaitu Perlis, namun jiwa dan impian mereka mengatasi segalanya.

Jentera dengan nadi V-TEC yang dinaiktaraf ke peringkat yang maksima telah membawa mereka ke litar lumba. Adunan pelbagai resepi dengan penggunaan komponen berprestasi tinggi telah berjaya menghasilkan kuasa yang di luar jangka. Hasilnya…Nah 300++ HP! Jika tidak silap, angka terakhir untuk kuasanya di perlumbaan langkawi yang lalu adalah 341HP!

Tidak semua ramuan resepi dikongsi bersama. Namun Saudara Adib Afandi  Mohamad yang juga ketua pasukan ini tidak lokek berkongsi ilmu yang ada. Bagi memastikan kekukuhan enjin sewaktu diperah ke tahap yang maksima, seketul blok S90 digunakan beserta komponen dalaman blok enjin terdiri dari 4 unit piston berukuran 86mm berkemampatan 16.1:1cr diikat pada batang rod aluminium GRP membantu penghasilan kuasa yang ada. Blok tersebut ditutup dengan kepala silinder yang mendapat sentuhan proses port polish dari NPF. Aci sesondol yang digunakan pula adalah berdurasi tinggi dari tbmotorwork diikat dipenghujungnya dengan campulley gear dari jenama Golden Eagle.

Untuk tugasan pengambilan udara pula diberikan kepada intake manifold Skunk2 Ultra dengan dibantu oleh throttle body dari jenama yang sama berukuran 90mm. Udara yang masuk ke kebuk pembakaran akan bercampur dengan bahan api yang dipam menerusi Bosch fuel pump 044 dan kemudian distabilkan oleh fuel regulator jenama Weldon seterusnya disuntik menerusi 4 unit injektor jenama elixir berkapasiti 1350cc. hasil dari reaksi thermal pembakaran enjin, gas karbon monoksida yang terhasil akan terus disalur keluar menerusi exhaust  manifold buatan Sheepy Built.

Bagi mengalirkan kuasa yang tinggi kepada pacuan roda hadapan jentera, kotak transmisi dogbox Thanathon 1-4 telah digabungkan dengan klac plat berkembar dari jenama Competition dan unit  LSD MFactory serta shifter Speedfactory SCHA. Keseluruhan gabungan ini dikawal selia oleh satu unit kotak komputer jenama Link Extreme. Hasilnya tidak perlu diragui lagi.

Memantapkan lagi jentera ini sewaktu beraksi, cesi jentera ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan rollcage custom cromoly beserta mounting enjin berketahanan tinggi dari Hasport. Larasan suspensi jentera pula menggunakan jenama Tein di bahagian belakang dan Skunk2 dibahagian hadapan.

Aspek pemilihan tayar antara yang terpenting dalam catatan masa yang terbaik. Oleh itu, tayar dragslick jenama M&H menjadi pilihan. Tayar belon tersebut dimuatkan ke atas rim khusus untuk drag dari jenama Belaks berukuran 13 inci. Melihat dari gayanya, badan jentera ini dinaiktaraf sedikit bagi memberikan impak yang lebih dinamik sewaktu memecut.

Bagi anda yang belum menyaksikan kehebatan jentera ini, ayuh memeriahkan acara drag tempatan kita di litar yang berhampiran dengan anda!

Spesifikasi Shift!

Modifikasi enjin :  Block S90, piston 86mm 16.1:1cr, conrod GRP alluminium, head gasket oem, timing belt gates, port polish nasty port flow (NPF), tbmotorwork camshaft, golden eagle campulley, skunk2 valve spring retainer, ferrea valve, ferrea valve guide, AVS spark plug, intake manifold skunk2 ultra racing, throttle body skunk2 90mm, exhaust manifold sheepy built, fuel pump bosch 044, fuel regulator weldon, injector elixer 1350cc, oil catch tank gme racing, AVS RADIATOR, head stud arp custom.

Transmisi : Competition clutch twin plate, thanathon dogbox 1-4, speedfactory SCHA, mfactory lsd.

Elektronik : Ecu link extreme, oil press work, strain gauge flatshift.

Suspensi & cesi : Hasport engine mounting, tien belakang, skunk2 depan, chamber kit hardrace, roll-cage custom cromoly.

Brek :  Depan oem, Blkg custom

Rim&tayar:  Rim belaks 13″ + M&H Racemaster 24.5×9.5 Dragslick tyre(depan) Belaks skinnies+m&h racemaster 24×3.5

Dalaman: GME alluminium seat bucket, omp stering

Luaran: EG6, fender bumper bonet jasecomposites.

Bengkel: ESR GARAGE

Tuner: Dinn Dynamics Tuning

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply