Honda Chaly – Sang Serindit Hijau Kuning

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kecil-kecil cili padi, si kecil yang menjadi idaman hati

Honda Chaly ini merupakan model yang sangat popular di negara jiran kita iaitu Thailand. Akan tetapi, dinegara kita tidak banyak kelihatan dan boleh dikatakan sangat “Rare”.

Jentera milik saudagar Butik Hujung Kaki ini telah dilakukan proses restorasi semula dengan pelbagai aksesori serta tambahan prestasi yang telah diadaptasi dari penggila motosikal kecil ini dari Jepun. Di Jepun, model ini telah dikustomkan keseluruhannya bagi menampakkan keunikkan yang boleh membuatkan ramai orang menggilainya.

Segala peralatan pada badan jentera ini telah ditanggalkan bagi menjalani proses membuat warna. Warna metalflake hijau dan keemasan beserta silver telah menjadi pilihan. Mekanik berpengalaman di bengkel TMR Felda Sri Ledang telah diberikan tanggungjawab tersebut. Setelah proses mewarna dilakukan, peralatan baru yang diimport khas dari negara Thailand mula dipasangkan satu persatu. Dapat dilihat, hendal yang tinggi dan unik telah dipasangkan bersama pasangan meter berjenama Koso. Keseluruhan lampu depan dan belakang juga turut digantikan dengan yang baru.

Tempat duduknya juga telah dibuat khas oleh Sero Kusyen bagi dipadankan dengan rekabentuk serta warna barunya. Penyerap hentak hadapannya turut dikustomkan terbalik manakala dibahagian belakang pula dipasangkan dari jenama KYB krom.

Menariknya lagi, sport rim berukuran 10 inci bagi model ini turut dilengkapkan dengan pemasangan sistem brek disc depan dan belakang berjenama Brembo bagi kuasa pemberhentian yang lebih unggul. Tayar bersaiz 110/80 telah dipasangkan untuk bahagian hadapan manakala 130/80 untuk belakang.

Enjin asal jentera ini turut digantikan dengan penggunaan enjin berkapasiti 110cc yang turut dinaik taraf kuasanya dengan penggunaan beberapa peralatan prestasi antaranya dari segi piston, karburator TS 125 serta pemasangan oil cooler berjenama Morin untuk penyejukkan enjin yang lebih baik. Ekzos OPBR bagi jentera ini turut telah di ubah bagi dipadankan pada jentera cilik ini.

Ternyata, jentera ini telah benar-benar menarik perhatian ramai semasa acara Retro Havoc 2015 yang telah diadakan baru-baru ini. Diharapkan agar selepas ini makin banyaklah jentera-jentera pelik akan muncul di dalam negara kita ini bagi memeriahkan dunia permotoran Malaysia! Syabas diucapkan…

 

Spesifikasi Shift!

Motosikal : Honda Chaly

Enjin : 110cc, piston 56mm, karburator TS 125, oil cooler Morin, ekzos OPBR

Modifikasi : Handle kustom, meter Koso KMH & RPM, fork terbalik kustom, absober KYB krom, seat Sero Kusyen, besi barang krom, rantai & sporket 415, pemijak kustom, disc brek depan belakang Brembo

Rim & Tayar : Sport rim aloi 10 inci, tayar 110/80 (depan) 110/30 (belakang)

Warna : Metal Flake hijau, gold & silver

Kos Modifikasi : RM5000.00

Bengkel : TMR Felda Sri Ledang, Segamat, Johor (Kieman & Amal)

Foto : Khyroll Adzham & Aie Mins

GALERI : 

 

Share.

About Author

Leave A Reply