Drive Me Crazy – Mitsubishi Evolution VII

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Tiada perkara lebih indah berbanding memandu sebuah jentera berprestasi yang sering mendapat perhatian

Pelbagai jenama pengeluar kereta telah berjaya menghasilkan model berprestasi masing-masing. Namun, di Malaysia, Cuma terdapat beberapa model sahaja yang menjadi kegemaran kaki-kaki kereta untuk dimiliki dan di ubahsuai demi memuaskan nafsu serakah mereka. Seperti yang dapat dilihat dalam keluaran-eluaran sebelum ini, pasti ada model CT9A yang menjadi paparan mengisi ruanagan bacaan untuk anda semua.

Pada keluaran kali ini, sebuah lagi model berprestasi keluaran Mitsubishi telah berjaya menarik perhatian lensa kamera kami. Mitsubishi Evo 7 yang dilihat ini merupakan sebuah jentera yang kelihatan bersahaja namun memiliki kuasa luar biasa di dalamnya. Pemiliknya pula merupakan tuan punya sebuah ‘food court’ betul-betul berdekatan dengan Stadium Larkin, Johor Bahru dikenali sebagai Bulat-Bulat Corner.

Nadi 4G63T yang digunakan oleh jentera ini telah dinaik taraf dengan penggunaan peralatan hebat secara keseluruhannya. Seperti kebiasaan, kepala silinder enjin ini telah dilakukan proses ‘port n polish’ bagi memberi ruang yang lebih lancar terhadap pengudaraan yang bakal memasuki ruangan kebuk. Ia kemudiannya dipasangkan dengan spring injap dari HKS dipadankan pula dengan aci sesondol juga dari HKS 272° di dalamnya. Bahagian blok telah dihuni oleh piston berukuran 87mm yang juga dari jenama HKS. Kedua-duanya kemudian diikat bersama beralaskan sekeping gasket berukuran 1.2mm dari HKS pada stud dari ARP bagi memberi lebih ketahanan semasa kuasa dipacu secara maksima.

Untuk lebih kelancaran pada pergerakkan enjin keseluruhan bearing di dalamnya digantikan dengan penggunaan bearing dari jenama King. Bahan api yang dipam kepada pelaras Works kemudiannya dihantar terus ke deretan injektor Sard bersesaran 800cc untuk dipancitkan ke dalam ruangan kebuk pembakaran. Udara berlebihan yang disedut ke bahagian intake akan ditolak keluar melalui ‘blow-off’ HKS SQV yang ditengekkan pada paip sambungan throttle body.

Gas karbon monoksida yang terhasil melalui pembakaran dalam ruangan enjin kemudiannya dikeluarkan melalui ekstraktor ekzos HKS yang dipadankan dengan wastegate Tial berukuran 44mm terus ke perendam bunyi Trust di bahagian belakang jentera ini. Penyejukkan enjin telah diperhebatkan lagi dengan pemakaian radiator aluminium berjenama Koyo. Minyak enjin berlebihan yang terkeluar dari enjin diperangkap oleh ‘oil catch tank’ GReddy yang menghalang bahan buangan tersebut daripada memasuki semula ke dalam ruangan enjin.

Talaan enjin ini menjadi lebih sempurna digabungkan dengan pemakaian Haltech yang akan memastikan pejalanan enjin lebih padu dari biasa. Kuasa yang terhasil dari enjin kemudiannya disampai terus ke bahagian roda melalui kotak gear yang lengkap dengan klac Ogura Carbon Twin Plate di dalamnya.           

Untuk memastikan jentera ini berada dalam keadaan stabil dan selesa ketika pemanduan dalam apa jua kelajuan, ianya telah dipasangkan dengan sistem penyerap hentak boleh laras Tein Type Flex keseluruhannya. Kuasa membrek tambah lebih cekap dengan penggunaan pelapik brek Bendix Metak King di bahagian depan dan belakang pada sistem brek asal Evo 7 yang masih lagi berfungsi dengan cemerlang.

Ruang dalaman jentera ini masih lagi dikekalkan dengan yang asal demi keselesaan bagi sebarang corak pemanduan walaupun dalam satu perjalanan yang jauh. Di bahagian papan pemuka jentera ini telah dipasangkan dengan beberapa meter penting bagi memudahkan lagi talaan serta pemantauan enjin yang lebih mudah seperti meter Apexi RSM, meter Defi 5 beradik, unit pemasa turbo dari HKS serta sistem pengawal boost dari GReddy Profec Type S. Selain itu, ianya turut dipasangkan dengan tombol gear dari Trust sebagai aksesori tambahan yang paling menarik di dalamnya.

Penampilan luar merupakan satu perkara yang amat dititik beratkan oleh pemiliknya. Hood hadapan gentian karbon telah dipasangkan berpadanan dengan bonet belakang, spoiler, lips hadapan serta guard ekzos yang mana kesemua peralatan ini adalah dari jenama Varis. Untuk tampak lebih menarik, cermin sisi asal telah diganti dengan cermin sisi dari Ralliart. Rim Volk Racing CE28 berukuran 18 inci telah mengambil tempat di keempat-empat penjuru jentera ini diperhebatkan lagi dengan balutan tayar Yokohama AD08 kesemuanya bagi cengkaman yang lebih hebat di atas jalan raya!

Walaupun nampak ‘simple’ hanya mereka yang menjiwainya sahaja tahu nikmat yang boleh didapati dengan memakai Cik CT! Acad, takde makan-makan free ke???

 

 

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Mitsubishi Evolution VII

Enjin : 4G63T

Modifikasi Enjin : Head gasket 1.2mm HKS, port n polish head,  hi-cam HKS 272°, valve spring HKS,  piston HKS 87mm, conrod & main bearing KING, main & head stud ARP, air filter HKS, wastegate Tial 44mm, radiator Koyo, extractor HKS, injector Sard 800cc, fuel regulator Works, blow-off HKS SQV, oil catch tank GReddy, exhaust system Trust

Transmisi : Clutch Ogura Carbon Twin Plate

Elektronik : Haltech

Suspensi & Cesi : Tein Type Flex adjustable, strut bar Cusco

Sistem Brek : Asal, Bendix Metal King

Roda & Tayar : Rim Volk Racing CE28 18”, Tayar Yokohama AD08

Dalaman : Apexi RSM, Defi meter (ext temp, water temp, oil temp, oil press, turbo), turbo timer HKS, GReddy Profec Type S, gear knob Trust

Luaran : Front hood Varis CF, bonet Varis CF, spoiler Varis CF, front lips Varis CF, exhaust guard Varis CF, side mirror Ralliart

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply