Dragster Daihatsu Charade 4G63T – Man And Machine Become One

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Tajuk dan subtajuk di atas mungkin bunyinya agak klise. Tetapi ayat tersebut mampu menggambarkan apa yang cuba disampaikan secara keseluruhannya secara ringkas dan padat mengenai paparan utama untuk isu kali ini. Sebuah jentera lumba drag yang pantas mencatatkan masa 8.9 saat pada acara Sepang Drag Battle di Litar Antarabangsa Sepang beberapa tahun lepas. Ini merupakan rekod peribadi yang terbaik buat pasukan Ferlin Tuneup dan mungkin rekod terbaik dihasilkan oleh jentera perlumbaan buatan Malaysia!

Buat penggemar sukan drag di Malaysia, antara faktor untuk mereka hadir menyaksikan kelibat jentera-jentera laju berentap di acara-acara drag adalah jawapannya. Daihatsu Charade milik pasukan Ferlin Tuneup antara ikon yang menjadi tarikan perhatian ramai pada acara tersebut. Walaupun sejak akhir-akhir ini, acara tersebut hilang serinya dek sikap sambil lewa oleh pihak penganjur hingga menyebabkan beberapa jentera hebat mengambil keputusan untuk menarik dari dari menyertainya. Kini yang tinggal hanyalah acara-acara drag kecil yang dilihat semakin meriah dan berjaya menarik perhatian ramai peserta untuk menyertainya. Diharap pihak yang bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk membangunkan sukan lumba drag ke satu tahap yang lebih tinggi.

Semua peminat merindui kelibat-kelibat jentera drag dari kelas A ‘Terbuka’ yang menyaksikan jentera-jentera berkuasa tinggi tanpa had dipertandingkan.

Kami akan kembalikan era kegemilangan pada tangggal 13 Disember 2014, Pusingan 5 Sepang Drag Battle dimana rekod 8.9 saat terhasil dari sebuah jentera Daihatsu Charade bernadikan 4G63T dipandu oleh Suzaimi Ahmad dari Ferlin Tuneup. Satu kejayaan yang manis sukar diungkap menerusi kata-kata oleh pemiliknya sendiri. Susah payahnya selama ini telah dibayar menerusi kejayaan yang diraih.

Dikuasakan oleh mesin dengan kod pengenalan 4G63T dari Mitsubishi Lancer Evolution 3 yang dibina secara asalnya dengan bantuan sistem induksi pendesak turbo. Mesin tersebut telah menjalani rombakan secara besar-besaran untuk membina daya ketahanannya menampung beban kuasa yang sangat tinggi. Komponen dalaman asalnya telah diganti kepada yang lebih kukuh merangkumi 4 unit piston jenama JE FSR Wiseco diikat pada batang rod Manley. Bahagian kepala silinder menempatkan 2 batang aci sesondol lengkap beserta valve spring dari jenama Kelford. Blok dan kepala silinder dicantum dan diikat dengan menggunakan stud dan bolt dari ARP.

Sistem turbo mesin ini turut dirombak dengan menggantikan unit asal kepada turbo HKS t51R SPL. Unit turbo tersebut ditenggekkan pada turbo manifold rekaan ADM Speed bersambungan dengan paip-paip stainless steel rekaan kustom ke unit intercooler ‘water to air’ yang disokong oleh pam elektrik Davies Craig. Tekanan udara yang berlebihan akan disalurkan keluar menerusi wastegate dan blow off valve jenama Tial.

Sistem bahan api dipertingkatkan kapasitinya menerusi penggunaan tangki ATL Fuel Cell dibantu dengan 2 unit pam Bosch 044. Pelaras bahan api pula menggunakan Fuel regulator sebelum melalui  kit saliran bahan api dan disuntik ke kebuk pembakaran enjin menggunakan injektor Bosch berkapasiti 1600cc.

Kuasa yang terhasil daripada enjin yang siap dinaiktaraf disalurkan ke bahagian pacuan 4 roda hadapan menerusi kotrak transmisi perlumbaan dari PPG Dog Engagement H Pattern. Projek naiktaraf ini telah diselaraskan menggunakan kotak komputer perlumbaan dari jenis Haltech Sport 1000 ECU yang dibantu dengan unit elektronik Motec Cdi.

Cengkaman tayar amat diperlukan dalam usaha menghasilkan catatan masa yang terbaik. Oleh sebab itu, Saudara Suzaimi telah melantik tayar jenis perlumbaan drag dari jenama MH Racemaster full slick 24.5/8.5/15. Cesi jentera ini turut diperkukuhkan dengan khidmat bantuan luar oleh NAHA Motor dan SRF. Untuk bantuan pemberhentian jentera, komponen brek tambahan berupa payung terjun dari Parachute STROUD Safety diperlukan.

Jentera ini dianggarkan kuasa melebehi dari 900 kuasa kuda dengan mesin pengukur Dynapack Dyno yang dilakukan sendiri oleh Saudara Suzaimi. Tidak hairanlah mesin ini boleh serasi dengan tuannya. Kebanyakkan darinya dilakukan sendiri secara ‘in house’!

Bagi memuaskan nafsu terhadap perlumbaan Drag, jentera ini sebenarnya seringkali di bawa ke negara jiran kita iaitu Thailand untuk diuji kuasanya. Keputusannya tidak menghampakan walaupun seringkali diuji dengan pelbagai rintangan!!! Tahniah… Kini jentera ini telah diturunkan pula kepada anak beliau…

 Spesifikasi!

 Kereta : Daihatsu Charade

Modifikasi Enjin : 4G63T Mitsubishi Lancer Evolution 3, JE FSR Piston, Manley Conrod, ARP Stud & Bolt, In House Headwork, Kelford Camshaft Set , Power Timing Belt, Turbin HKS T51R SPL, Turbo Header ADM Speed, Wastegate Blowvalve TIAL, Intercooler Water to Air, Intake Manifold SRF Custom, Ferrea valve set, Hi Flow Fuel Pump OBX, Injector 1600cc Bosch, Electric Water Pump Davies Craig.

 Transmisi : PPG Dog engagement H pattern

 Electronik : Haltech Sport 1000 ECU, Motec CDI.

Brek : Brake Standart dibantu oleh Parachute STROUD Safety

 Cesi : Chasis construct by NAHA Motor & reconstruct extreme by SRF

 Suspensi : Tein Hi/Lo Soft/Hard

 Rim & Tayar : Rim 15 Inci &Tayar MH Racemaster full slick 24.5/8.5/15

 Tuning & Bengkel : In House Ecu Tuning On DYNAPACK Dyno & Bengkel Ferlin Tuneup

Foto: Aie Mins@Perotography & Dragholics Malaysia

 

 

Share.

About Author

2 Comments

Leave A Reply