Datsun Bluebird 510 SSS – Golden Heaven

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bila ada permata, si emas jangan dilupakan…

Bercakap mengenai kereta lama, kita pasti akan terbayangkan pelbagai model yang sememangnya tampak hebat dan bergaya pada zaman kegemilangannya. Tidak dinafikan bahawasanya kesemuanya jentera yang telah berusia ini dipandang tinggi dek kerana nilai yang terdapat pada setiap modelnya.

Berbalik kepada paparan yang difokuskan, jentera yang kita dapat lihat ini merupakan sebuah Datsun Bluebird 510 SSS yang dihasilkan pada tahun 1970. Ya, jentera tahun 1970 ini masih lagi gagah berada di atas jalan raya. Kenapa? Sebab pemilik dan pihalk yang bertanggungjawab melakukan restorasi dan naik taraf pada jentera ini adalah mereka yang amat-amat mengambil berat tentang jentera kesayangan mereka. Dengan kekemasan yang kita dapat lihat sekarang, siapa akan menyangka bahawasanya jentera ini telah dilengkapi dengan nadi dari Nissan SR20DE S14 yang cukup berkuasa dan telah dinaik taraf keseluruhannya!

Sebelum di pasangkan dengan nadi hebat ini, ruangan enjin tersebut telah diwarnakan dengan warna merah jambu yang tampak sangat menarik. Keseluruhan enjin tersebut telah diperkemaskan dan dinaik taraf dengan pemakaian beberapa peralatan berprestasi tinggi antaranya penggunaan hos Samco Sport, ‘oil sump’ GReddy serta sistem ekzos yang telah dikustomkan keseluruhannya. Tangki bahan api utama bagi jentera ini juga telah dikustomkan bagi menggantikan tangki asal manakala bahan api dari tangki dihantar ke pelaras Tomei untuk disampaikan ke dalam bahagian enjin.

Radiator aluminium Sard pula akan memastikan kadar suhu enjin ini sentiasa berada dalam keadaan yang cemerlang tanpa menganggu perjalanan enjin ini. Penjanaan kuasa dari enjin ini menjadi lebih hebat dan taratur dengan penggunaan unit ECU yang telah dipetakan semula. Kuasa dari enjin kemudian disampikan ke bahagian kotak gear manual 5 kelajuan seterusnya ke bahagian roda.

Bahagian suspensi bagi tahap kestabilan yang lebih kukuh diperhebatkan dengan penggunaan sistem suspensi boleh laras Tein SS yang diambil dari model Nissan Silvia S13. Sistem brek juga telah diubah keseluruhannya dengan pemakaian terus sistem brek cakera dari model Silvia S13 bagi cengkaman yang hebat untuk pemberhentian pada setiap ketika yang diperlukan.

Ruang dalamannya pula telah diperkemaskan semula dengan aksesori yang asal yang tampak lebih memikat dari yang sebelumnya. Kelihatan, ianya turut dipasangkan dengan stering Nardi Torino berserta konsol tengah dari Datsun B310 dan juga tombol gear kayu dari Personal.

Bahagian luarnya pula masih lagi kekal dengan rekabentuk asal ditampah pula dengan ‘spoiler’ milik Hakosuka yang tampak lebih bergaya apabila dipadankan bersama ditambah pula dengan cermin sisi yang dipasang di bahagian ‘fender’ hadapan.

Untuk gaya yang lebih mnyerlah serta cengkaman yang lebih pada permukaan jalan, rim SSR Longchamp XR4 berukuran 15 inci telah menjadi pilihan untuk dikenakan bersama-sama tayar Toyo Proxes T1R di bahagian hadapan manakala PS3 di belakang.

Segala hasil kerja kemas yang kita dapat lihat sekarang merupakan tanggungjawab yang telah dierikan oleh pemiliknya kepada saudara Gopal@Black White dari Speedstar Garage, Johor Bahru. Dan beliau jugalah yang telah bersama-sama rakan beliau melakukan ekspedisi dari Malaysia ke China bersama dengan jentera Old Skool. Dengan apa yang dilakukan oleh beliau serta rakan-rakannya telah membuktikan bahawasanya jentera lama juga mampu untuk melakukan satu perjalanan yang jauh jika ianya dijaga dan diselenggara dengan baik.

 

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Datsun Bluebird 510 SSS Tahun 1970

Enjin : Nissan SR20DE S14

Modifikasi Enjin : Special mixed paint pink engine bay, K&N filter, Samco hose, Greddy Oil Sump, Sard Honda Radiator, Tomei Fuel Regulator, Custom made fuel tank, custom new wiring system, custom exhaust system.

Transmisi : 5 Speed Manual Gearbox with stock clutch

Elektronik : Remap ECU

Suspensi & cesi : Tein SS Fully Adjustable coilovers from nissan silvia s13

Sistem brek : Custom brake system with S13 brake disc & caliper (front & rear)

Roda & tayar :SSR Longchamp XR4 15″ & T1R toyo front, PS3 rear.

Dalaman : Original Datsun 510 interior, Nardi torino steering, Datsun B310 centre console & Personal wooden gearknob

Luaran : Hakosuka spoiler, Fender mirror

Bengkel : Tuned,customized by :-Speedster Garage a.k.a sifoo BlackWhite BuBu, Johor Bahru. (+60127874673)

Share.

About Author

Leave A Reply