Akibat Tidak Dapat Membeli Y15ZR, Yamaha SS TWO Ini Diberi Nafas Baru

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Luahan hati si pemilik yang acah2 bukan :

Assalamualaikum WBT..Ok hari ni abang free skit. Bersempena minggu RetroMania Morib minggu ni, kita cerita sikit tentang Yamaha SS Two NOS Unregister yang tergantung sebelum ni. Ok, cerita tentang SS Two Unregister tu sebenarnya abang bohong sunat je, mana nak cari  SS Two UnReg?? Kalau RXZ @ 125Z abang boleh percaya boleh dapat lagi yang UnReg kt kedai moto takpun collector tegar, cuma standby cash jela bagiu yang cukup kental, tapi, kalau betul jmpa SS2 yang UnReg, 😙💨 umpama jackpot jumpa karung guni penuh wang emas lerrr..💰

Oklah, cerita yang betul, moto ni bukan moto UnReg sebenarnya, tapi owner dia restore balik moto pusaka peninggalan orang tuanya yang sudah lama tersadai.. 1 hari owner dia yang bernama Dinzly (bukan nama dlm K/P) telah ke kedai moto untuk membeli sebuah Yamaha Y15 Movistar dengan bergantung pada pinjaman Aeon Credit, namun telah dihalau oleh staff kedai moto tersebut. Maka Dinzly baliklah ke rumah dengan perasaan yang amat kecewa dan seterusnya membuat keputusan untuk membaik pulih & restore  motosikal Yamaha SS Two yang telah lama tersadai bertahun-tahun lamanya.

Alhamdulillah… Setelah hampir 2 bulan Dinzly memulakn projek acah-acah restore ni, akhirnya siap walaupun terlalu banyak halangan & masalah yang menimpa antaranya, alat ganti yang dibeli tidak bersesuaian, beli alat ganti online yang indah khabar dari rupa, bengkel blasting dipecah masuk, beberapa alat ganti yang tiada dijual, harga alat ganti yang mencekik darah serta beberapa masalah lain yang mampu membuat projek ini tertangguh. Namun, dengan sedikit kerja keras dan sikap tidak putus asa dibantu pula oleh runner-runner alat ganti dari seluruh semenanjung terutamanya dari kawasan Banting – Klang, Kuala Selangor, Kelantan, JB dan taklupa juga kepada Shopee yang selalu ada sale barangan dan shipping percuma serta kedai-kedai moto Tongkiat. 😂

 

Selama 2 bulan projek restore ini, Dinzly telah melantik/mempercayai/mengamanahkan Bengkel Tam Motor Projek untuk menyiapkn keseluruhan moto SS Two ini. Terima Kasih tidak terhingga kepada pemiliknya, Mohd Nizam yang sentiasa serius dalam menyiapkan projek ini serta mekanik yang ‘super cermat/detail’ Nur Fikry. Tidak lupa terima kasih kepada semua rakan-rakan yang banyak memberi sokongan, meracun, mengecaman, yang terlibat meneman Dinzly ke Tongkiat, tolong cod barang, tolong hantar sandblast  dan semua yang secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan seketol besi ‘rare’ yang dah boleh masuk muzium retro khazanah negara ini!

#ProjectRestoreYamahaSStwo
#DualClutchVSRacingSpirit
#MendahuluiMasanya

Share.

About Author

Leave A Reply