Wira Evolution Owner Group (WEVOG) – Bergegar bumi Desaru dek deruman enjin jentera mereka

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Wira Evolution Owner Group atau lebih dikenali sebagai WEVOG merupakan sebuah kelab kereta dari komuniti pemilik Proton Wira yang sudah di modifikasi baik dari segi luaran, enjin serta dalaman kereta yang di ambil dari model Mitsubishi Evolution. Ditubuhkan pada Februari 2015, kelab ini telah berjaya mengumpulkan ahli dari seluruh negara.  Ianya sama seperti kelab-kelab kereta yang ada dalam menganjurkan pelbagai aktiviti termasuklah ‘Family Day’ sebagai acara tahunan bagi setiap kelab permotoran. Setiap tahun, AJK Wevog akan menganjurkan aktiviti seperti ini yang merupakan salah satu medium untuk ahli kelab berkumpul di mana-mana negeri terpilih sebagai tuan rumah. Ianya akan ditentukan mengikut undian yang diadakan sebelum tamatnya hari keluarga setiap tahun.

Pada tahun ini, lokasi yang terpilih adalah Johor Darul Takzim. Tuan rumah pada tahun ini seperti biasa telah merancang pelbagai aktiviti termasuk tempat penginapan yang bakal menjadi tempat acara utama ini diadakan. Lotus Thema Park, Desaru telah menjadi pilihan untuk acara yang bermula pada 23 Nov 2019 yang lalu.

Kemeriahan dapat dirasai apabila kesemua ahli kelab yang datangnya dari seluruh negara telah selamat sampai ke tempat yang ditetapkan oleh tuan rumah pada kali ini. Acara yang disediakan juga berlangsung dengan cukup meriah sekali di mana rata-rata yang datang bersama-sama ahli keluarga dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama. Dengan adanya acara seperti ini, mereka bukan sahaja dapat mengeratkan tali persaudaraan atau bertukar-tukar pandangan tentang minat mereka, malah dapat menguji ketahanan jentera masing-masing yang telah diubahsuai mengikut citrasa mereka.

Ubahuai Luar Biasa kahkah

Konsep kekeluargaan yang diterapkan sesama ahli kelab merupakan salah satu intipati penganjuran dalam acara kali ini. Antara aktiviti yang memeriahkan acara kali ini seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, autoshow yang menyediakan sebanyak 9 kategori dan lain-lain lagi.

Dengan susunan aktiviti yang disediakan cukup teratur, maka acara kali ini dapat dijalankan dengan sempurna lebih-lebih lagi ianya mendapat kerjasama yang baik dari setiap ahli kelab yang hadir. Di sebelah malam pula, telah berlangsung majlis makan malam serta Mesyuarat Tahunan yang membincangkan perihal kelab, aktiviti serta pemilihan negeri yang bakal menjadi tuan rumah pada tahun hadapan.

Ternyata, WEVOG sentiasa akan memastikan semua ahli kelab gembira dengan setiap hala tuju yang telah di aturkan. Untuk acara tahun hadapan, dengar kata tuan rumahnya adalah negeri di utara. Sama-sama kita nantikan ‘update’ terkini dari WEVOG.

 

Disediakan Oleh : Raziman SiPico

Sumber Boleh Dipercayai : Ayu Rahim Wevog

Gambar : Fiza Nasir

 

GALERI :
Share.

About Author

Leave A Reply