Wira Day

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Wira Day adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi kelab permotoran, terutama pemilik jentera yg bernama wira keluaran Proton. Sebagaimana yang kita telah ketahui kereta Wira keluaran Proton ini boleh di katogerikan kereta lama bagi kalangan peminat kereta ini. Dan kereta Wira ini juga kelihatan di mana-mana di seluruh negeri kerana peminat yang memilikinya terlalu ramai. Ada juga yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mengubahsuai jentera tersebut dan dijaga rapi sehingga sesetengahnya nampak seperti yang baru.


Oleh itu satu pendekatan kepada pemilik kereta Wira ini untuk berkumpul bagi mengenali antara satu sama lain. Dengan itu Ahmad Zukhairi mencetuskan satu idea untuk mengumpulkan semua peminat kereta Wira ini iaitu di namakan WIRA DAY. Selaku penganjur Ahmad Zukhairi dari kelab Concept serta team Concept sendiri telah berusaha untuk menjayakan Wira Day ini. Wira Day tahun ini adalah kali yang ke 2 di adakan di Terengganu. Di mana Wira Day yang ke 1 juga bertempat di tempat yang sama. Tujuan program ini adalah untuk mengenali dan mengumpul pemilik wira bagi tujuan mengeratkan silaturahim sesama pemilik wira di malaysia. Sambutan yang menggalakan dari semua kelab Wira tidak di jangkakan. Rata-rata kelab yang hadir dianggarkan 30 kelab kereta wira yang datangnya dari Negeri 9, Kelantan, Kuantan dan dari Utara iaitu Kedah. Juga turut di sertai oleh supporter dari 3 Diamond Members, Prosift, Dolpin dan Civic EFCM Terengganu.


Anggaran kesemua jentera pada acara Wira Day adalah lebih daripada 1000 buah di mana ianya merupakan penyertaan yang amat menggalakan. Berjayanya Wira Day ini sudah tentunya mendapat sokongan dan kerjasama daripada beberapa pihak iaitu Soki Ekzos, Sfsm Worksop, Maxoil, Shahrul Car Aksesori, Mamat Temerloh, Paliey Plate, Carroof Motorsport dan Six Stone Aksesori yang telah menyediakan pelbagai hadiah menarik. Dengan hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur maka ianya lebih menarik perhatian para pemilik kereta ini yang mana telah menyiapkan kereta mereka bagi kategori-kategori yang disediakan.


Dengan ini kami berharap agar Hari Wira atau lebih di kenali sebagai ‘WIRA DAY’ ini dapat diteruskan setiap tahun bagi meraikan pemilik kereta lama ini. Dan juga kami berharap agar kita dapat mengekalkan kereta Wira keluaran Proton ini kekal kereta nombor 1 di Malaysia.

Majulah sukan permotoran kita..

Share.

About Author

Leave A Reply