TT Santai Pemilik Toyota Corolla AE92 – Yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita akrabkan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Ok apa khabar semua!!! Kali ini kita bersama dengan komuniti Pemilik-Pemilik Toyota Corolla AE92 yang telah mengadakan TT bertempat di Resort Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar (dalam nada suara Encik Bob). Dengan hanya berbual-bual kosong sebelum ini, setelah dibincangkan ianya berjaya direalisasi oleh komuniti AE92 Taiping dan rakan-rakan pemilik sekitar negeri Perak.

Dapat disaksikan, lebih daripada 90 buah jentera AE92 berjaya dikumpulkan dari seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia. Acara bermula pada jam 12 tengahari tanggal 12 Oktober 2019 dan pengisian acara diisi dengan cukup meriah. Ok semua, kita cerita sedikit tentang kemeriahan TT Santai mereka ini.

TT Santai ini bermula dengan ketibaan para peserta dan seterusnya dimulakan dengan acara autoshow lebih kurang jam 3 petang. Untuk ‘autoshow’, sebanyak 12 kategori telah dipertandingkan antaranya Best MDM, Best JDM, Best USDM, Best LEVIN, Best CHEILO, Best FX, Best INTERIOR, ENGINE dan banyak lagi. Jentera-jentera disusun teratur mengikut kategori masing-masing bagi memudahkan para juri untuk menilai.

Setelah habis di nilai oleh para juri, maka kesemua kenderaan berkonvoi melewati Istana Bukit Chandan dan diteruskan dengan sesi bergambar di sana sebelum meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Untuk makluman, pemilihan di resort ini sangat sesuai sebenarnya memandangkan ianya ini mempunyai fasiliti yang cukup dan boleh digunakan.

Aktiviti dimalam hari diteruskan dengan sesi bbq sambil berkaraoke untuk para peserta. Nak bersua tidak selalu, maka dengan acara seperti inilah yang dapat merapatkan hubungan sesama ahli, baik yang jauh mahupun dekat. Mereka turut dapat bertukar pandangan tentang minat serta mengenai jentera masing-masing. Apa yang diharapkan adalah, acara seperti ini dapat diteruskan lagi di negeri-negeri lain untuk masa akan datang. Bagi pihak penganjur, Komuniti AE9X Taiping,  diucapkan ribuan terima kasih kepada semua kru dan para peserta kelab dan juga orang perseorangan seperti  KUALER COROLLA CLUB , KELKETU, LEGASI TOYOTA, CIOC IPOH, TOYOTA COROLLA KG. GAJAH, TTK, TLC, CHEILO COMRADE, TOYOTA PENANG COMUNITY, TOYOTA COROLLA N9, AE9X KING dan semua penaja hadiah pada kali ini. Terima Kasih semua!!!

Disediakan oleh : Encik Bob BRX

Share.

About Author

Leave A Reply