Toyota Gazoo Racing – Pusingan ke-3 di Litar Batu Kawan menyajikan perlumbaan yang penuh dengan aksi dramatik

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Festival Toyota Gazoo Racing pusingan ke-3 telah melabuhkan tirainya semalam. Perlumbaan Toyota Vios Challenge juga kali ini menyaksikan banyak aksi-aksi yang agak mencabar di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang.  Dengan bersaksikan lebih daripada 15,000 orang pengunjung dan penonton yang telah datang sama ada untuk memberi sokongan kepada para pelumba kesayangan mereka ataupun mengisi masa lapang dengan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang 2 hari festival ini berlangsung.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang Festival TGR ini berlangsung adalah sesi pandu uji model terbaharu dari Toyota, persembahan drift oleh pelumba dari Jepun, cabaran perlumbaan simulator, persembahan dari artis-artis terkenal, cabutan bertuah, sesi ramah mesra dan juga tandatangan dari para artis yang bertanding, pameran motosikal dari Moto Guzzi dan Harley Davidson, pertandingan Bayblade, jualan Hot Wheels, konsert Hujan, pameran dari Art of Speed Malaysia serta bermacam-macam lagi bagi memeriahkan lagi acara pada kali ini.

Sebagai bonus, semua kenderaan Toyota yang dibeli sepanjang 2 hari festival ini berlangsung turut menerima baucar servis percuma bernilai RM200.

Tumpuan utama festival ini pastinya perlumbaan Toyota Vios Challenge yang menampilkan beberapa selebriti terkenal Malaysia serta para pelumba profesional yang bertanding. Terdapat 3 kelas dipertandingkan iaitu Promotional, Sporting dan Super Sporting.

Dalam kelas Promotional, Shukri Yahaya telah memenangi perlumbaan untuk kali pertamanya bagi musim ini diikuti oleh Nabil Ahmad di belakangnya manakala Shawn Lee terpaksa berpuas hati di tempat ke-3 dan seterusnya adalah 2 orang pemandu wanita iaitu Diana Danielle dan Nabila Razali.


Bagi kelas Sporting, Bradley Benedict dari pasukan Dream Chaser tidak memberi peluang kepada Tom Goh dari S&D Tama Motorsports untuk memintas beliau semasa persaingan terakhir. Haji Sutan dari SMS Motorsports mengejar rapat di belakang Tom diikuti oleh Adam Khalid dan Kenneth Koh di belakangnya.

Untuk kelas Super Sporting, saingan yang amat mencabar telah diberikan oleh William Ho dari Telagamas Toyota kepada Freddie Ang, Toyotsu yang memastikan kejuaraan kelas tersebut adalah milik beliau. Persaingan hebat telah ditunjukkan oleh Boy Wong yang berada dibelakang William dan aksi kejar mengejar di antara Syafiq Ali dan juga Mark Darwin juga tidak kurang hebatnya. Bagi perlumbaan terakhir semalam, mereka telah benar-benar berusaha untuk memastikan kedudukan yang terbaik di dalam setiap perlumbaan.

KELAS PROMOTIONAL

  1. Shukri Yahaya
  2. Nabil Ahmad
  3. Shawn Lee
  4. Diana Danielle
  5. Nabila Razali

 

KELAS SPORTING

  1. Bradley Benedict Anthony Dream Chaser
  2. Tom Goh S&D Tama Motorsports
  3. Haji Sutan Mustaffa SMS Motorsports
  4. Adam Khalid Crestmax Motorsports
  5. Kenneth Koh Panglima City Racing Team

 

KELAS SUPER SPORTING

  1. Freddie Ang Telagamas Toyota
  2. William Ho Toyotsu
  3. Boy Wong
  4. Syafiq Ali M7 Japan Project Team
  5. Mark Darwin Laser Motor Racing

 

GALERI :

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply