Three Diamond Members (Kelab Mitsubishi Evolution Malaysia) – Mencipta rekod memandu selama 36 jam ke Pattaya, Thailand

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

 

Pengembaraan jentera Mitsubishi Evo Malaysia ke Thailand bukan lah satu perkara yang luar biasa. Sudah menjadi kebiasaan mereka berkonvoi ke negara jiran tersebut (Thailand) samada untuk bercuti bersama ataupun memenuhi jemputan dari rakan-rakan kelab di sana.

Keakraban pemilik Mitsubishi  Evo Malaysia dan Evo Thailand tidak dinafikan kerana saban tahun sentiasa ada program diadakan antara dua negara ini. Tetapi kali ni  sesuatu yang istimewa dan mungkin belum pernah dilakukan oleh mana2 jentera Evo dari Malaysia iaitu menempuh perjalanan beribu kilometer  dengan hanya berhenti rehat untuk bersolat, makan, mandi dan berehat seketika untuk tempoh 36 jam.

Sebanyak 9 buah jentera Mitsubishi Evolution dari Malaysia telah menempuh perjalanan tersebut dengan diiringi sebuah jentera pacuan 4 roda bertindak sebagai pengiring (recovery car) dengan membawa pelbagai alat ganti dan peralatan telah bermula dari Kuala Lumpur ke Pattaya. Apabila sampai di Sadao (sempadan Malaysia-Thailand), konvoi Evo Malaysia telah disambut oleh rakan-rakan Evo Thailand yang turut bersama-sama akan berkonvoi ke Pattaya.

Setiap jentera pasti akan menguji si pemilik. Itu yang terjadi kepada sebuah Evo 10 yang mengalamai kebocoran gas penyaman udara sementara menanti rakan-rakan dari Kelantan sampai di sempadan Thailand. Namun begitu, perjalanan tetap diteruskan. Ketika tiba di Hua Hin, sebuah jentera Mitsubishi Evo 7 mengalamai kerosakkan tali sawat di bahagian luar. Konvoi berhenti seketika untuk memperbaiki masalah tersebut.

Walaupun beberapa rintangan yang berlaku, konvoi akhirnya sampai di Bangkok dan telah sambut pula oleh rakan-rakan di sana. Kedua-dua jentera yang sebelum ini mengalami masalah telah dihantar ke bengkel seorang rakan di Bangkok untuk diperiksa dan dibaik pulih dengan lebih teliti. Sementara menunggu kedua-dua jentera tersebut siap, konvoi telah melawat ke semua bengkel Evo di seluruh Bangkok sambil menghantar surat jemputan acara Evo Day 2020 yang bakal diadakan.

Antara bengkel yang dilawati adalah Rev Limit Evo Garage, Noi Saimai Evo Garage, Quater Tech Mitsubishi Evo, TNC Racing dan Bangmod Racing (BRD). Setelaqh semuanya selesai, konvoi diteruskan ke Pattaya yang turut disertai oleh 2 buah lagi jentera Evo rakan dari Bangkok. Setibanya di Patayya, rakan-rakan Evo di sana sudah sedia menanti di Masjid Toatilla dan seterusnya menuju ke villa yang telah disediakan oleh mereka. Apabila selesai masuk ke villa, rakan-rakan dari Bangkok pulang semula ke tempat mereka.

Rakan-rakan Evo Pattaya yang turut disertai oleh Presiden VR4 Thailand telah membawa konvoi Evo Malaysia melawat tempat-tempat menarik di sekitar Pattaya. Sebelum berangkat pulang, konvoi sempat singgah ke Mitsubishi Pattaya. Dalam perjalanan pulang, konvoi singgah semula ke Bangkok dan telah dibawa ke Evo Shop Thailand. Konvoi meneruskan perjalanan ditemani oleh kumpulan Evo Thailand sehingga ke Petchanburi dan disitu konvoi berakhir. Sebelum mendaftar masuk semula ke Malaysia, kebanyakkan ahli konvoi makan tengahari di sempadan di Sadao dan akhirnya bersurai menuju ke destinasi masing-masing. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana pelbagai kejadian dan pahit manis yang diharungi bersama sepanjang konvoi ke Pattaya. Untuk melihat gambar-gambar menarik, rujuk di GALERI yang disediakan.

GALERI :

 

Share.

About Author

Leave A Reply