The Showcase 2020 – 300 Buah Pelbagai Jentera Modifikasi Berhimpun

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Ribuan pengunjung telah berpusu-pusu ke acara The Showcase yang berlangsung selama 2 hari dari 29 Februari sehingga 1 Mac 2020. Acara yang julung kali dianjurkan oleh Galeri Kereta dan SuperRocket ini telah dikuasakan oleh Motonation dengan kerjasama Asia GT Festival dan MIECC.

 

Acara yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC) telah berjaya menghimpunkan sebanyak 300 buah jentera modifikasi dari pelbagai konsep dan tema antaranya “widebody”, konsep perlumbaan, USDM, JDM, MDM, Kcar, dan pelbagai lagi.

Pelbagai pengisian telah diatur untuk disajikan kepada peserta dan pengunjung yang hadir seperti antaranya pelancaran pasukan lumba Estrada Pulzar, perlumbaan simulator oleh Asia GT Festival, sesi bual bicara bersama penganjur Art Of Speed Malaysia – Asep Ahmad, AJK perlumbaan Terpadu 2020 – Suzaimi Ahmad, Peganjur Retro Havoc & Drive For Paul Malaysia – Alie Kouppa, Penganjur Super GT Malaysia -Fahrizal Hasan, gerai-gerai jualan dari pelbagai syarikat-syarika automotif serta pameran dari MARii. Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan dari pasukan drift Westlake  dengan aksi-aksi yang cukup mengujakan dihadapan pintu masuk MIECC.

 

Beberapa buah jentera perlumbaan turut mendapat perhatian para pengunjung antaranya jentera trek  Mira L7 Cuore Turbo dari Todak Motorsport dan juga jentera drag Daihatsu Charade Evo Ferlin Tuneup.

Bagi menghargai pengungjung yang hadir, sesi cabutan bertuah juga diadakan dengan pelbagai hadiah yang cukup lumayan di mana jumlah keseluruhannya hampir mencecah RM20,000 dari beberapa penaja seperti  Carroof Motorsports, Sapok Tembo, Dodomat Malaysia, FrontWheel Bastard dan banyak lagi.

Menurut penganjur ‘The Showcase 2020’ Encik Aulia Rahman Arsad (Galeri Kereta) dan Mohd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Along (Super Rocket), “Walaupun perancangan kami tidak sampai 2 bulan dengan modal yang tidak besar, tetapi dengan hati yang besar kami cuba buat yang terbaik dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta, pengunjung dan kru-kru yang bertugas dalam menjayakan acara yang pertama kali dijalankan ini.”

Disediakan Oleh : Raziman SiPico

Foto : Raziman SiPico & Aie Mins

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply