SUZUKA NORTHERN DRIFT CHALLENGE – Otai-otai turut memeriahkan acara akhir 2019

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bertempat di tapak MBI DESAKU KULIM, Kedah telah diadakan sebuah acara dikenali SUZUKA NORTHERN DRIFT CHALLENGE bersempena dengan Karnival Permotoran Kedah 2019. Acara ini merupakan salah 1 daripada 10 slot yang telah dilangsungkan dalam memeriahkan karnival tersebut.

SUZUKA NORTHERN DRIFT CHALLENGE merupakan siri terakhir bagi Northern Drift untuk tahun 2019. Untuk siri kali ini, seramai 34 orang pelumba telah mendaftarkan diri bagi 3 kategori iaitu Rokie, Novice dan Expert. Menariknya, siri kali ini telah berjaya menarik minat ramai pelumba profesional untuk sama-sama menyertai dan memeriahkan SND.

Sepertimana perlumbaan dalam siri yang lepas, Loyai Hanizam masih lagi kekal sebagai juri. Dengan pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas dalam sukan drift ini, ianya merupakan sesuatu yang tepat. Beliau turut bergandingan dengan Azwan Usop yang juga seorang pelumba profesional untuk mengadili perlumbaan kali ini.

Dianggarkan hampir 10,000 orang pengunjung telah menyaksikan perlumbaan kali ini lebih-lebih lagi ianya diadakan serentak dengan Karnival Permotoran Kedah. Perlumbaan yang bermula seawal jam 7 pagi itu telah dimulakan dengan sesi pemanas badan di mana para pelumba menguji jentera mereka untuk membiasakan dengan keadaan litar. Seterusnya, bermula sesi kelayakkan di mana di sini semua pemarkahan bermula bagi menempatkan mereka semua peringkat yang seterusnya.

Seterusnya, para pelumba yang layak meneruskan pertarungan dalam peringkat kalah mati. Persaingan yang sengit telah diberikan oleh kesemua peserta dengan pelbagai aksi menarik dipertontonkan kepada pihak juri dan juga pengunjung yang hadir. Setelah berhenti rehat disebelah tengah hari, pertarungan diteruskan semula pada sebelah petang untuk menentukan kemenangan bagi ketiga-tiga kategori. Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung disebelah malamnya.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta semua peserta yang telah memberi cabaran sepanjang SUZUKA NORTHERN DRIFT CHALLENGE ini berlangsung. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada para penganjur kerana telah berjaya menganjurkan acara ini. ianya bukan sahaja memeriahkan sukan permotoran di Malaysia malah dapat melahirkan ramai bakat baru yang bakal mengharumkan nama bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa!

Acara : SUZUKA NORTHERN DRIFT CHALLENGE

Lokasi : MBI DESAKU KULIM

Tarikh : 7 Disember 2019

Disediakan oleh : Raziman SiPico

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply