“Selamat Sampai Dengan BHPetrol”

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kerjasama bersama pihak JKJR dalam memberi kesedaran kepada para pengguna dan pelanggan tentang keselamatan jalan raya bersempena musim perayaan

Sama seperti tahun-tahun yang sebelum ini, BHPetrol meneruskan usaha mereka dalam memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada para pengguna mereka lebih-lebih lagi di musim perayaan. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang telah diadakan di Stesen BHPetrol Jalan Cheras 1 & 2 mereka telah bekerjasama dengan pihak JKJR untuk meraikan para pelanggan serta menyempurnakan kempen keselamatan terhadap semua pengguna jalan raya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad di BHPetrol Jalan Cheras 1 & 2, berhampiran Taman Midah, Kuala Lumpur.  Turut menghadiri majlis ini termasuklah para pengusaha stesen minyak BHPetrol di sekitar Lembah Klang, rakan-rakan niaga, wakil media, dan pelangan-pelanggan di sekitar Cheras.  Beg cenderahati turut diagihkan kepada para pelanggan sebagai bekalan untuk perjalanan balik ke destinasi masing-masing. Para pelanggan juga turut menerima angpow yang diisi dengan baucar BHPetrol.

Majlis ini turut disertai oleh jemputan khas iaitu Encik Wong Yau Duenn, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) yang telah memberikan penerangan tentang pelbagai tips keselamatan jalan raya. Selain itu, JKJR juga turut memberi sumbangan dengan menggantikan topi keledar baru para penunggang motosikal yang telah lusuh.

“Kepada semua pelanggan kami khususnya kaum Cina, Selamat Tahun Baru Cina, GONG XI FA CHAI! Berhati-hati ketika memandu, semoga selamat dan bergembira menyambut perayaan bersama keluarga dan orang tersayang. Berhentilah di mana-mana stesen BHPetrol untuk mengisi semula tangki anda dengan bahan api berkualiti kami untuk perjalanan yang lebih lancar dan berbelanjalah di kedai serbaneka BHPetromart. Yang penting – “janji selamat sampai”, kata Azizul.

Share.

About Author

Leave A Reply