Baru-baru ini, pihak GKKnK (Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah) telah mengadakan TT Lepak Santai sempena menyambut kedatangan sebuah Toyota AE86 yang akan menjelajah mengikut jalan darat melalui 24 buah negara dari Malaysia ke German sambil mempromosikan ‘Tahun Melawat Malaysia 2020’.
Konvoi Retro Havoc 2019 Series Motorsport Worldtour 2019 ini telah singgah di Sungai Petani yang merupakan check-point pertama bagi mereka. Acara yang dianjurkan khas bagi menyambut kehadiran mereka ini adalah dengan kerja sama dari pihak Retro Havoc Worldtour sebagai penaung utama jelajah ini yang telah berlangsung di Parking Bertingkat, Riverfront City Sungai Petani, Kedah.
Acara ini telah mengumpulkan lebih kurang 200 orang di mana mereka merupakan wakil-wakil yang bernaung di bawah GKKnK berkumpul untuk menantikan kedatangan jentera Toyota AE86 yang akan digunakan bagi jelajah tersebut. Diharapkan agar misi dan visi yang dibawa oleh Retro Havoc 2019 Series Motorsport Worldtour 2019 akan berjaya dengan bangganya serta dipermudahkan semuanya.
Disediakan oleh : Raziman SiPico
GALERI :