Portbike Motoday 2020 – Dikungjungi peminat 2 roda dari seluruh Malaysia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Lebih 20,000 orang dari serata Malaysia telah membanjiri Portbike Motoday (PMD2020) yang telah berlangsung di perkarangan Portbike, Jitra di Kedah. Acara ini juga diadakan bersempena mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020. Program yang menyasarkan golongan belia yang meminati aktiviti bermotor khususnya dua roda telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang telah diaturkan seperti “autoshow”, cabutan bertuah, forum keselamatan, sesi soal jawab, gerai-gerai jualan serta persembahan artis tempatan.

Acara ini sekaligus telah menyatukan para pemilik serta peminat permotoran tanpa mengira latar belakang dari seluruh Malaysia. Selain daripada itu terdapat juga aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan turut diterapkan dalam acara kali ini dengan kutipan tabung derma kilat bagi mengutip dana tabung perjalanan & pengurusan Masjid Mat Moto Se-Malaya yang akan didirikan di daerah selatan Thailand.

Acara hebat ini juga menyaksikan kehadiran tetamu kehormat iaitu Exco Belia Dan Sukan Negeri Kedah, YB Asmirul Anuar sebagai salah satu usaha dan tanda sokongan pihak kerajaan tempatan untuk  program seperti ini bagi golongan belia. Bekas Pelumba tanah air, Wazi Abdul Hamid turut bersama-sama hadir dan sempat memberikan nasihat kepada golongan belia ini mengenai kempen keselamatan jalanraya di samping memberi nasihat kepada semua pengguna/penunggang  untuk lebih berpengetahuan di jalan raya.

Pemenang cabutan bertuah berupa sebuah Yamaha Y15ZR telah dimenangi oleh Mohd Azaruddin Adanan dari Wang Tepus, Kubang Pasu manakala sebuah Yamaha RX-Z (fully Restore) bernilai RM12,000 telah dimenangi oleh Muhamad Yusri Bin Md Salleh dari Bayan lepas, Pulau Pinang.

Program tersebut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Kerajaan Negeri Kedah, Tourism Kedah serta penaja-penaja lain atas kepercayaan yang diberikan dalam menjalankan acara besar seperti ini.

Disediakan oleh  : Raziman Sipico

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply