Penampilan Falken di Drift Kings 2019 – Menampilkan tayar terbaharu dengan pelbagai pakej menarik untuk para pelanggan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

 

Acara Drift King 2019 yang telah berlangsung pada 16 hingga 17 November yang lepas telah benar-benar menghangatkan lagi sukan permotoran di Malaysia. Acara selama 2 hari tersebut telah menarik ramai peminatnya yang telah memenuhi Litar Elite Speedway yang terletak di laluan lebuhraya ELITE di USJ. Dengan menampilkan ramai pemandu-pemandu hebat, acara ini telah dijalankan dengan begitu hebat dan meriah. Trek go-kart yang sememangnya popular dan banyak berjasa dengan penganjuran pelbagai perlumbaan sejak di awal pembukaannya ini merupakan sebuah trek yang cukup mencabar bagi semua pemandu. Maka, pelbagai aksi serta skill pemanduan hebat telah berjaya mendebarkan para pengunjung yang datang.

Falken Tyres, sebuah jenama tayar terkemuka dan terkenal turut sama-sama memeriahkan acara Drift King 2019 ini. Ini merupakan salah satu tanda sokongan mereka dalam memeriahkan lagi acara permotoran di Malaysia. Falken Tyres yang dibawakan oleh pihak Stamford Tyres ini bukan sahaja menampilkan tayar-tayar terbaharu dari mereka malah turut menawarkan pelbagai pakej menarik bagi para pelanggan mereka. Antara tayar-tayar yang ditawarkan seperti Azenis FK510, ZE914, SN832i, and 4×4 tyres the Wildpeak AT3W dan MT01. Azenis FK510 yang baharu sahaja dilancarkan pada tahun lepas telah menampilkan prestasi yang hebat dan memebri lebih keselesaan  kepada para penggunanya baik di Malaysia sendiri mahupun di luar negara. Saiz yang tersedia bermula dari 17 hingga 22 inci bagi kenderaan penumpang sehinggalah SUV.

Selain dari tayar Falken, terdapat juga rim SSW yang turut sama dibawa oleh Stamford Tyres. Dengan pelbagai rekabentuk dan saiznya yang bermula dari 15 hingga 20 inci, ianya telah dijual pada harga yang amat mengagumkan.

 

Selain itu, turut diperkenalkan tayar adalah Rovelo yang turut di bawa ke acara ini. Jenama tayar yang dimiliki oleh Sailun Group Co. Ltd dari China ini turut telah menikmati pelbagai kejayaan di pasaran tempatan. Kejayaan ini dikreditkan kepada rakan perniagaan mereka iaitu STC Tyre Mart Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai pengedar eksklusif Rovelo sejak tahun 2014 lagi.

Tayar Rovelo juga telah digunakan dalam beberapa siri perlumbaan khususnya bagi model yang terbaharu diperkenalkan iaitu Road Racer R1. Model Road Racer R1 boleh didapati dari saiz 15 hingga 18 inci. Rovelo dan juga STC Tyre Mart berasa teruja dan gembira apabila tayar ‘semi-slick’ ini boleh bertindak cemerlang baik untuk perlumbaan dan juga di jalan raya biasa.

Bersempena acara tersebut juga, Rovelo telah menawarkan promosi hebat dan hadiah percuma dengan setiap pembelian Rovelo Tyre Sport A1, A68, Road Racer R1 dan 4×4 Tyre: Roadquest AT.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan pembelian, anda boleh menghubungi  Glenmarie Tyre Mart, Hwa 017-6691219/Heng 012-6065651 atau Cheras Tyre Mart, Hong 017-2227237/James 019-7317988.

Share.

About Author

Leave A Reply