OldSkool Mega Gathering Reborn (OMG Reborn) – Yang Lama Tetap Menjadi Kegilaan!!!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +
OldSkool Mega Gathering Reborn (OMG Reborn)  baru sahaja melabuhkan tirainya  setelah berlangsung di tampat letak kereta Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang bermula seawal jam 9 pagi sehingga jam 9 malam. Acara ini merupakan kesinambungan dari OMG yang terdahulu, dan ini bermakna ianya penganjuran kali ke 11 diadakan setiap tahun.
Sudah semestinya acara ini meninggalkan banyak pengalaman dan kenangan kepada setiap individu yang datang samada sebagai peserta ataupun pengunjung. Bagi peminat kereta lama OMG adalah sebuah acara yang sangat dinantikan oleh mereka. Ianye seakan-akan perayaan bagi mereka semua dan disitulah mereka akan berhimpun meraikan minat serta memartabatkan kereta lama ini untuk kekal wujud di atas jalan raya.
Selain penyertaan dalam negara,  OMG kali ini juga telah menarik minat peserta dari negara jiran iaitu Thailand dengan menerima 20 penyertaan.  Keseluruhan penyertaan OMG kali ini adalah sebanyak 380 buah jentera  dan dianggarkan hampir 2000 orang pengunjung telah hadir bagi memeriahkan acara OMG Reborn kali ini.
Turut memeriahkan acara pada kali ini adalah pertandingan Hotwheels yang di kelolakan Hotwheels Collector  Penang dan pertandingan mewarna khas kepaada kanak2 dan tambah lebih menarik adalah hadiah cabutan bertuah OMG Reborn kali ini adalah sebuah Toyota Starlet KP61.
Tahniah kepada Ahmad Amirul Asyraff dari Batang Kali, Selangor yang telah berjaya memenangi sebuah Toyota Starlet KP61 bagi acara Olskool Mega Gathering (OMG) Reborn di Mydin Sebrang Jaya, Pulau Pinang. Selain itu, Minmie Ferio dari Hatyai, Thailand telah memenangi sepasang t-shirt tajaan dari pihak T-Shirt Malaya, Tiwakorn Niyomit dari Bangkok pula telah memenangi pakej sticker dan wrap bernilai RM1999 dari pihak Zokusha Stickers & Pendekar Wrap manakala rim Raxer model SF6 berukuran 15 inci telah dimenangi oleh Muhammad Hakimi dari Ipoh Perak. Ini merupakan satu penghargaan juga kepada penganjur iaitu olskool.my yang turut dibantu oleh Penang Olskool Family serta semua peserta yang terlibat dalam menjayakan OMG kali ini.
Akhir sekali,pihak pengurusan mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada peneraju utama penganjuran OMG reborn “olskool.my”, para jemputan khas iaitu Utara RD Empire,Moto Buruk Garage dan VW Trush Garage atas kesudian bersama memberi sokongan serta tidak dilupakan para penaja iaitu TheTwoBrothers, Retro Auto Parts, Atara Racing, 43 Garage, Zokusha Stickers, Pendekar Wrap, Segamat Oldskool Scene dan Back Street Garage.
GALERI –
Foto : Raziman SiPico
Share.

About Author

Leave A Reply