NORTHERN GYMKHANA 2019

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +
Northern Gymkhanna 2019 yang merupakan siri terakhir bagi tahun ini telah diadakan di Tapak Pesta Pulau Pinang pada 10 Novembar 2019. Acara ini telah dianjurkan oleh Q Smart Event Managment dengan kerjasama dari Sucimuci Motorsport.  Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa  kategori iaitu Newbie, Front Wheel Drive, Rear Wheel Drive, Open dan satu katogeri khas iaitu  “Knock Out” yang melibatkan 22 orang peserta berdaftar.
Pertandingan yang bermula seawal jam 9 pagi itu sedikit perlahan akibat keadaan litar yang basah akibat hujan lebat diawal pertandingan dan dapat dilihat seakan menganggu fokus pemanduan para pelumba yang lebih banyak mengambil tindakan ‘play safe’ bagi mengekalkan kedudukan didalam kelompok teratas di samping masing-masing mengimbangi rentak setiap pelumba.
Selepas waktu rehat di sebelah tengah hari, kerancakan acara ini dapat dilihat apabila para peserta mula menunjukkan kehebatan mereka yang sebenar. Dengan permukaan jalan yang semakin mengering,
mereka semua terus fokus dalam setiap gerakkan yang dilakukan. Pada kali ini juga, penganjur memberi lebih perhatian kepada peserta dalam kategori Newbie di mana mereka ini bakal menjadi pelapis untuk acara seperti ini pada masa yang akan datang.  Acara ini telah melabuhkan tirainya pada jam 6.30 petang setelah majlis penyampaian hadiah dijalankan.
Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan acara kali ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penaja iaitu  Tom’s Stickers Penang, Syarikat Jaya Ganesh Kulim dan Cash Oil  atas kepercayaan dan penajaan bagi siri akhir Northern Gymkhana 2019.
Acara Northern Gymkhana 2020 dijangkakan akan  diadakan pada penghujung  Februari tahun hadapan dan penganjur berharap lebih banyak penyertaan pada siri akan datang. Sekian…
“The Real Racers In The Real Tracks”
Teks: Raziman Sipico
Gambar:  Alif Media Q Smart Event managment
GALERI :
Share.

About Author

Leave A Reply