Mega TT Honda Integra DC5 Malaysia 2019 – Kembali berhimpun setelah 10 tahun

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bertempat di Old Town Cyberjaya dan juga sekitar Presint 3 Putrajaya telah berlangsungnya sebuah acara yang membangkitkan kembali Honda Integra DC5 yang ada di seluruh Malaysia. Untuk acara kali ini, sebanyak 51 buah jentera DC5 telah berjaya dihimpunkan dan ianya merupakan sejarah kerana dapat mengumpulkan jumlah jentera yang terbanyak setakat ini.

Dengan adanya acara seperti ini, sedikit sebanyak dapat membuatkan para pemilik DC5 ini membuat kemunculan semula. Acara ini telah menghimpunkan Honda Integra DC5 Type R dan juga Type S. Antara impak yang jelas adalah, mereka dapat kenal dengan ahli komuniti yang mungkin selama ini hanya dikenali melalui media sosial serta dapat bertukar-tukar pandangan berkenaan jentera masing-masing.

Walaupun cuaca hujan, ianya tidak menghalang mereka untuk berkumpul dan bersosial bersama. Dan untuk pengetahuan semua, acara seperti ini terakhir diadakan adalah sekitar tahun 2009!

 

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply