Meet & Greet GSRForum.net Putrajaya

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bertempat di perkarangan tempat letak kereta berhampiran Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya telah berlangsungnya satu acara yang dikenali Meet & Greet GSRForum.net Putrajaya untuk pertama kalinya bagi tahun 2019.

Dengan hebahan melalui media sosial, acara kali ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Ahli-ahli komuniti dan kelab-kelab yang berkolaborasi dengan gsrforum.net telah berhimpun bersama-sama untuk memeriahkan acara pada kali ini. Kebanyakkan mereka ada yang sanggup datang dari jauh demi bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak dihubungi ataupun yang sekadar kenal di media sosial.

Dengan adanya acara seperti ini, mereka sekaligus dapat berkongsi pelbagai memori selama mereka bersama mendalami minat yang sama hingga ke hari ini. Diharapkan untuk acara yang akan datang lebih ramai lagi yang akan menyertai perjumpaan seperti ini.

 

Share.

About Author

Leave A Reply