MAXIMUM ATTACK 2019 – Penyertaan yang luar biasa

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Maximum Attack 2019 telah berlangsung pada 28.12.2019 yang lepas  bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dianjurkan oleh KStore Motorsport  dengan kerjasama RAB Garage , Ftuned Racing serta Motorsport Playground. Acara ini merupakan siri penutup tirai bagi tahun 2019 dalam kalendar Litar Antarabangsa Sepang.

Sebanyak 11 kategori dipertandingkan bagi acara kali ini iaitu Master Of Speed, Master Of Endurance, Auto/CVT below 2.5cc, Super1500 NA, Super1600 Open, Super1800 NA, Super2000 NA, Open CC, KeiCar Open, Honda City Cup dan Perodua Myvi Cup di mana 150 penyertaan untuk kategori Time Attack, 50 Trackday dan 150 penyertaan lagi adalah aktiviti ‘Club Parade’ yang menggabungkan 4 buah kelab iaitu Malaya Sprinter, GM6 Society Malaysia, HBOC BRV Club Malaysia dan Johor City Club. Dianggarkan hampir 5000 orang telah datang bagi memeriahkan acara Maximum Attack 2019 pada kali ini. Kesimpulannya di sini, kita dapat melihat sendiri dengan adanya acara seperti ini ianya bukan sahaja dapat merapatkan hubungan dikalangan ahli-ahli dan komuniti kelab kereta dan juga para pelumba malah ianya dapat menangani gejala tidak sihat sekaligus dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan permotoran.

Penganjur amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali para penaja seperti Ftuned Racing Suspension, Motorsport Playground dan juga SSAD atas kejayaan acara Maximum Attack 2019. Berjumpa nanti di acara Super GG yang dijangkakan akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Foto : REDOX PROJEX

Disediakan oleh : RAZIMAN SIPICO

GALERI –

 

Share.

About Author

Leave A Reply