Malaysian Rally Championship 2018 Perlis (ROP)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Foto : Zedx ZeroOnez, Ishraqi Mokhtar & Radin Last Hope
Perlis merupakan salah satu litar yang amat digemari oleh para pelumba rali tanah air. Dengan keadaan trek yang agak tenang dan laluan berkelajuan tinggi yang panjang membuatkan ianya boleh dikatakan mudah untuk dilalui oleh mereka. Namun begitu, setiap trek adalah berbeza-beza dan bukan mudah untuk dijinakkan oleh mereka semua. Pelbagai halangan yang diluar jangkaan yang terpaksa di tempuhi demi mengejar kemenangan.


Sama seperti perlumbaan di Johor, pelumba yang bernaung di bawah pasukan MRU Motorsports, Rachmat yang memandu jentera Mitsubishi Evolution 9 beliau dengan dibantu pemandu arah Donny Wardono memastikan kejuaraan untuk pusingan ke-2 ini masih kekal milik mereka. Mengekori rapat dibelakang mereka adalah pasangan Roduwan Rashid bersama Mohd Faizal Tuan di dalam jentera Subaru Impreza WRX yang telah berusaha keras untuk mendapatkan podium setelah kurang menyerlah akibat masalah jentera semasa perlumbaan di Johor.

Kali ini, di Perlis pelumba dari pasukan One Motorsport BDRT ini telah bangkit semula dengan penuh gaya.


Lagenda rali Malaysia, Karamjit Singh yang memandu jentera Proton Gen2 4WD bersama pemandu arah beliau Musa Sherif juga dari pasukan MRU Motorsports tela menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 setelah berusaha keras di hari ke-2 perlumbaan. Apakah akan terjadi di Rally of Terengganu untuk pusingan akhir nanti? Sama-sama kita tunggu…

Share.

About Author

Leave A Reply