LEGEND CARS RACE SERIES 2019: ROAD TO USA

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

US Legend Cars Malaysia (USLCMY) mengadakan satu perlumbaan bersiri iaitu ‘LEGEND CARS RACE SERIES 2019: ROAD TO USA’ – Siri Perlumbaan Kejohanan Kereta Legend pertama di Malaysia dan Asia Tenggara! Perlumbaan bersiri ini bertujuan untuk mencari pemandu terbaik untuk mewakili Malaysia di Perlumbaan Bujur atau Oval Races, tempatan dan antarabangsa. Dari perlumbaan bersama- sama dengan Pelumba Profesional Australia Legend Cars sehingga perlumbaan kejohanan di luar negara, Legend Car Race Series juga mahu membawa bakat pemandu di Malaysia ke peringkat perlumbaan antarabangsa.

Misi USLCMY adalah untuk mewujudkan satu platform perlumbaan dari masa lapang ke perlumbaan profesional di mana pemandu dan peminat kereta dapat memupuk semangat mereka dalam sukan motorsport dengan kos yang efektif dan selamat sekaligus memenuhi semua piawaian antarabangsa.

Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan untuk memandu uji kereta Bandolero dan menghadiri kursus di Race Academy sekarang!

Untuk maklumat lanjut sila layari www.uslcmy.com atau hubungi +6010-393-6289

Oleh : Encik Bob

Galeri :

Share.

About Author

Leave A Reply