Killerbees Track Day 2019 (KTD19)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Tanggal 5 Oktober 2019 menyaksikan 70 buah jentera Mazda & Ford milik ahli Killerbees berentap di Litar Dato Sagor, Kg Gajah, Perak. Antara kelab permotoran Malaysia yang masih utuh sejak Jun 2000, ini merupakan tahun ke 10 kami beraksi di sini dan KTD19 ini ialah sessi perlumbaan kali ke 12 dianjurkan oleh Killerbees. Kali terakhir kami menganjurkan KTD ialah pada tahun 2017 dan setelah kemarau KTD pada tahun lepas akibat tarikh yang bertembung dengan PRU, kali ini kami melampiaskan geram di litar sejak awal pagi.

Perbincangan demi perbincangan yang rapi dijalankan sejak awal tahun lagi. Perbelanjaan bajet mencecah belasan ribuan ringgit dikumpulkan dari yuran penyertaan dan belasan sumbangan individu, bengkel, perniagaan autopart JDM, syarikat korporat dan lain lain lagi.

Dua acara Utama di dalam KTD ialah Sprint Test (ST) dan CCT. Di dalam acara ST, para peserta diberi peluang untuk berentap dalam gelanggang liga mengikut kategori masing masing. Bermula dari kategori N/A Terdapat kategori Auto open, 1.6 & 1.8, 2.0, dan juga jentera 2.5. Bagi kategori Turbo, ada kategori OEM, True Street and Super Street.

Manakala, acara CCT pada tahun ini tidak dapat diteruskan kerana cuaca hujan lebat pada petang hari tidak mengizinkan untuk menjaga keselamatan peserta.

KTD19 dianjurkan untuk menggalakkan para peserta melibatkan diri dalam perlumbaan dengan cara yang betul dan selamat di kawasan litar. Ia juga secara tidak langsung memberi peluang dan pengalaman yang baharu kepada peserta untuk menguji kemahiran dan kekuatan enjin jentera masing masing.

Pada waktu pagi, Litar Dato Sagor telah dimeriahkan oleh deruman ekzos jentera peserta. Acara drag telah diteruskan oleh semua peserta KILLERBEES sepanjang 301m. Ini telah menguji sejauh mana kekuatan dan pencapaian jentera masing masing namun acara CCT tidak dapat diteruskan pada waktu petang. Walaupon CCT tidak dapat diteruskan seperti yang dirancang, KTD19 tetap dapat berjalan dengan jayanya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli KILLERBEES, para penaja, serta semua yang terlibat untuk menjayakan KTD19 pada tahun ini. Semoga acara KTD dapat diteruskan pada tahun yang akan datang dan terus kekal memperjuangkan nama KILLERBEES di Malaysia.

Psst, dengar cerita admin dah tetapkan tarikh untuk KTD20. Apa pun, siapkan jentera anda masing masing!! Semoga kita bertemu lagi di masa yang akan datang.ok KASIMARI

Disediakan oleh : Encik Bob

GALERI / Foto : UC PICTURES ( din210 )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply