Kemaman 4×4 Sand Challenge 2018

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography
Kemaman 4×4 Sand Challenge telah diadakan di sempadan negeri Pahang dan Terengganu iaitu Pantai Cendor pada 26 hingga 28 Oktober 2018. Acara tersebut telah dirasmikan oleh YB Adun Beserah, Haji Andasura bin Rabu. Sebanyak 3 kategori dipertandingkan untuk acara pada kali ini iaitu Off-road, Autoshow dan juga Cubcross.

 
Sebelum pertandingan diadakan, kesemua peserta telah diberikan taklimat khas lebih-lebih lagi mengenai aspek keselamatan semasa bertanding. Selain daripada pertandingan yang dijalankan, para pengunjung juga boleh mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti seperti ATV ride, berkayak serta berkunjung ke gerai-gerai jualan yang disediakan. Ternyata acara ini sangat mendapat sambutan bukan sahaja dari para peserta malah pengunjung yang hadir.

Share.

About Author

Leave A Reply