Karnival Permotoran Kedah – Menggabungkan 10 acara permotoran

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Baru-baru ini buat julung kalinya telah  berlangsung satu acara permotoran yang telah mengabungkan tiga buah pertubuhan NGO iaitu Pertubuhan Belia Amanah (PEMBELA) dengan kerjasama Himpunan Anak Kedah Malaysia (HaKEM) serta  peneraju utama program kali ini ialah Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK). Penganjuran satu program khas berbentuk aktiviti permotoran ini telah  menghimpunkan 10 acara melibatkan drift, Lite Core Challenge, Retro Bike dan Automotive Marketplace. ‘KARNIVAL PERMOTORAN KEDAH’  telah berlangsung pada 7 Disember 2019 bertempat di Dataran MBI Desaku, Kulim telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 1,000 buah kenderaan daripada pelbagai jenis termasuk kereta pacuan empat roda dan motosikal.

 

Acara yang telah berlangsung selama sehari ini juga cukup meriah di mana hampir 10,000 pengungjung dari kawasan sekitar dan pelancong dari luar telah hadir membanjiri tapak karnival seawal  pagi lagi. Kemeriahan karnival kali ini turut  mendapat sokongan dan kerjasama daripada Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Ezcare Warranty, Pendekar Wrap, 2 Brothers Concept, agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan dan Jalan (JPJ), MARii, Tourism Kedah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak ketinggalan kelab-kelab permotoran di negeri ini.

Antara acara yang dianjurkan untuk peserta serta pengunjung adalah Olskool Car, Custom Section, Club & Community, Gathering, Drift Trike, Autoshow, Audioshow, Stance dan perkhidmatan Van Mobile JPJ. Objektif penganjuran karnival kali ini adalah bagi mengeratkan tali silaturahim sesama ahli kelab permotoran di utara tanah air dan seluruh negara serta menjalin hubungan yang baik dengan pihak berkuasa tempatan dan juga badan-badan kerajaan. Karnival ini juga dilihat dapat meraikan serta menanam semangat sukan permotoran yang sihat selain merapatkan jurang antara peminat kenderaan bermotor yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Selain itu juga, dengan sokongan dari pihak berkuasa tempatan dalam menyokong aktiviti seperti ini, ianya mampu untuk mengurangkan gejala yang tidak sihat ke arah aktiviti yang lebih bermoral.

Akhir sekali pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat di laksanakan pada setiap tahun dan menjadi salah satu program tahunan. Selain berjaya membuktikan aktiviti berbentuk permotoran ini berkesan dalam menyatukan semua masyarakat, ianya juga mampu  memberi impak dalam industri pelancongan jika diberi peluang dan sokongan dari pihak kerajaan terutama sekali Kementerian Pelancongan.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan KPK 2019 ini. Tidak dilupakan juga kepada semua penaja atas kesudian memberi penajaan dalam pelbagai bentuk demi menyokong program seperti ini. Bagi mana-mana pihak yang berhasrat ingin menawarkan penajaan bagi acara yang akan datang boleh berhubung dengan Saudara Arahman Crew ditalian 013-4771155 atau berhubung dengan Puan Shima 0125791078 untuk keterangan lebih lanjut. Sekian…

 ‘KEARAH PERMOTORAN YANG SIHAT’

Disediakan oleh : Shima GKKnK (setiausaha GKKnK)

Foto : Zedx NorthernXmedia

 

Share.

About Author

Leave A Reply