GSRForum Endau FINALE

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Saban tahun, pihak gsrforum.net mengadakan pelbagai aktiviti untuk kesemua ahli yang bernaung dibawah satu nama besar ini. Kebanyakkan ahli yang bernaung di bawah nama gsrforum.net ini merupakan para pengguna kereta yang terdiri dari beberapa buah kelab kereta berdaftar dari seluruh Malaysia.

Memasuki tahun ke 10 penganjuran Endau, pihak pengurusan menyatakan bahawa untuk tahun ini adalah yang terakhir. Perkara ini amat menyedihkan ramai pihak di mana mereka semua mahukan acara seperti ini diadakan setiap tahun. Dengan aktiviti seperti ini, mereka dapat merapatkan hubungan serta memeberi pelbagai perkongsian bagi memenuhi minat mereka dalam dunia permotoran. Walaupun acara ini tampak agak ringkas, namun impak yang mereka perolehi adalah sangat besar.

Endau 2018 pada kali ini turut mendapat tajaan daripada beberapa pihak antaranya Gets Pest Control, Rafique Garage Autopart, Speeddemon Motorville, Jukie Tyres & Auto Service, SJ Garage & Autopart, BFG, Aquapro, AC Autogarage, Renjong Autoparts, Toymachine Custom Stickers, Thoresen, Pit Stop Garage, Hisbah Agency, AR3 Revolution Snow Wash serta 45 Garage JB.

Selain itu, acara kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai wakil kelab kereta dari seluruh Semenanjung Malaysia yang ternyata sudah mendapat racun kuat acara Endau. Sesiapa sahaja yang hadir pada acara ini pasti tidak akan dapat melupakan banyak pengalaman baru serta berkenalan dengan ramai rakan-rakan yang mungkin sebelum ini hanya dikenali di laman-laman sosial. Satu kenangan yang tidak mungkin diperolehi di tempat lain. Diharapkan acara Endau tidak akan berkubur dan diteruskan untuk masa yang akan datang! Tok Penghulu…. Sila jalankan tanggungjawab!

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography & Jas Evaicez@Blackmailz

 

Share.

About Author

Leave A Reply