GiM New Year Race

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

GiM (Geng Ipoh Motorsport) terkenal dengan mengadakan acara perlumbaan drag. Namun begitu, untuk pertama kalinya, bertarikh 29 Disember 2019 di litar popular Kampung Dato Sagor, Batu Gajah, Perak  telah berlangsungnya acara GiM New Year Race dan ini merupakan perlumbaan trek pertama dianjurkan oleh pihak GiM.

Acara buat pertama kalinya ini telah mendapat tajaan dari pihak ANZ Garage Ipoh dan juga AVS serta dengan kerjasama dari UPGarage, ACS Racing, KTG (Khairul Tuner Garage) serta Petoc (Perak Touge Clan). Terdapat 16 kategori bagi perlumbaan GiM New Year Race iaitu 1.3cc NA, 1.5cc NA, 1.6cc NA, 1.6cc Open, 1.8cc NA, VTEC/MIVEC, Open CC, Auto CVT, Ladies, Old Skool Cup Open, Saga Cup Open, Satria Cup Open, Myvi Cup NA, Campro Cup NA, UPGarage Cup Open.

Seawal jam 8 pagi kesemua peserta telah mula memasuki perkarangan trek dan mendaftar mengikut kategori serta diberi transponder. Untuk perlumbaan kali ini, penyertaan untuk kategori  Old Skool telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna Mini. Dengan keadaan cuaca yang baik, perjalanan acara ini dapat diadakan dengan sangat lancar.

Kesemua peserta perlu mencatatkan masa terpantas bagi menentukan kedudukan mereka dalam perlumbaan. Satu persatu kategori dilepaskan dan setiap pelumba telah mempamerkan aksi dan skill pemanduan hebat mereka di atas litar mencabar ini.

Pemenang di kira bermula dari tempat pertama hingga ke-5. Dan mereka yang mencatatkan masa terpantas dalam setiap kategori juga turut diberi hadiah. Rekod di litar Dato Sagor sebelum ini adalah 48.01 bagi 3 tahun berturut dan kini telah dipecahkan oleh jentera Proton Satria UPGarage yang dipandu oleh Dzamir Shah dengan catatan masa 47.567.

Sekali lagi pihak penganjur amat berterima kasih kepada pihak penaja dan juga pihak-pihak yang menyokong kuat sepanjang berlangsungnya acara pertama GiM ini! Acara seterusnya akan diadakan pada 22 Mac 2020 dan perlu diingatkan, kepada sesiapa yang dapat memecahkan rekod terbaharu yang lepas, ada habuan menanti anda!

FOTO : Ishraqi Mokhtar@Tune Photography

GALERI

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply