Diesel Drag Episod 2 – Penganjuran yang amat berjaya

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Buat tahun ke-2  berturut – turut Pahang Truckez telah menganjurkanDiesel Drag Event Episod 2 yang berlangsung di litar Drag Pekan Speedway pada 13 jun yang lalu. Acara ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dari pemilik 4×4 yang rata-ratanya datang dari seluruh negara. Selain itu, acara ini turut mendapat penyertaan dari  negara jiran iaitu Thailand yang turut sama mengambil bahagian pada tahun ini.

Pada tahun ini juga terdapat sedikit kelainan dari pihak penganjur di mana ianya telah  melibatkan dua aktiviti iaitu ‘gathering’ 4×4 pada sebelah pagi dan di sebelah petangnya pula di teruskan dengan perlumbaan drag. Sebanyak 8 kategori telah dipertandingkan dalam siri DDE Episod 2 pada tahun ini.

Selain itu juga, beberapa acara sampingan turut diadakan dan yang paling menariknya adalah cabutan bertuah di mana hadiah utamanya merupakan unit turbo F55 GReddy manakala bagi siri perlumbaan drag, para pemenang akan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai.

Melihat kepada sambutan yang diterima, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan acara Diesel Drag ini setiap tahun. Dalam memperbaiki kelemahan yang berlaku sepanjang acara ini berlangsung, pihak pengurusan begitu komited dengan  mengalu-alukan cadangan dan sokongan daripada semua pihak agar acara Diesel Drag pada siri akan datang  dapat dijalankan dengan lebih lancar dan terurus.

Akhir sekali, mewakili semua peringkat tenaga kerja DDE Episod 2 mengucapkan  sekalung penghargaan kepada Prospeed Malaysia Dragster selaku penaja utama dan juga penaja-penaja bersama yang lain. Tidak lupa kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara ini.

Foto : Raziman SiPico & Shaharudin Shah

GALERI :

 

Share.

About Author

Leave A Reply