Dato’ Sagor Super Series Championship

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Selain dari acara sukan permotoran berprestij dan glamour seperti F1, MotoGP malah Malaysia Championship Series (MCS) dan Malaysian Speed Festival (MSF), scene negara kita juga tidak kurang diserikan acara grassroots. Acara sebegini tidak bermakna ia tidak sengit, tidak meriah atau tidak mendebarkan. Malah ia sama meriah dengan penyertaan menggalakkan dan tetap menyajikan aksi mengujakan untuk peserta dan penonton.

Salah satunya adalah Dato’ Sagor Super Series Championship, yang menyajikan acara perlumbaan dengan kategori mengikut spesifikasi jentera serta tidak ketinggalan Ladies Cup khas untuk pelumba/pemandu wanita! Acara Pusingan 1 tahun 2020 ini diadakan pada 29 Februari lepas, anjuran Kelab Sukan Bermotor Mutiara dengan kerjasama Yano Auto Parts.

Acara kali ini merekodkan lebih 100 penyertaan dan lebih 300 pengunjung turut memeriahkan suasana serta memberi sokongan. Ini yang kita mahu!

Berikut adalah senarai kategori yang dipertandingkan :

  1. 1,300cc NA
  2. 1,500cc NA
  3. 1,600cc NA
  4. 1,800cc NA
  5. 1,600cc Open
  6. Ladies Cup
  7. K-Car Cup
  8. Campro Cup
  9. VTEC/MIVEC Open
  10. Oldskool Open
  11. Auto CVT
  12. King Oldskool
  13. King Open

Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil dari Yano Auto Parts, FTuned Racing Suspension, Xenum, Zokusha Sticker, AM Northern, ZRS Garage, AraiTech, dan Izzenx Motorsports.

Pemenang bagi tempat pertama hingga kelima setiap kategori telah menerima hadiah berupa piala dan goodies dari penaja. Acara ini telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa halangan dan dugaan sebelum bermula. Apa pun, syabas kepada semua! Nantikan Pusingan 2 pada 4 April 2020 nanti.

 

Foto : Redox Projex dan Yano Autopart

GALERI : 

Share.

About Author

Leave A Reply