BOMtac Battle of Machine & Time Attack

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang telah berlangsungnya acara yang julung kali diadakan oleh pihak Speed Demon Motorville dengan kerjasama Automods Garage dan RacePlus Empire dengan kendalian pihak Hybridmods.

Acara BOMtac Battle of Machine & Time Attack telah diadakan bermula dari jam 6 petang hingga 2 pagi dan telah disertai lebih dari 150 buah jentera dari pelbagai jenama dan model termasuklah jentera perlumbaan yang digunakan dalam perlumbaan MSF. Acara seperti ini merupakan salah satu cabang bagi mengelakkan para penggemar kereta berkuasa tinggi dan berprestasi daripada menguji kenderaan mereka di atas jalan raya biasa.

Di samping itu juga, acara ini dapat membuka ruang kepada para pelumba untuk mengenali jentera mereka dengan lebih dekat disamping dapat memperbaiki kemahiran memandu dengan lebih cekap.

Acara hebat ini turut mendapat tajaan daripada beberapa pihak antaranya BHPetrol, Sata Tools, Penrite, Cloudy of Funky, 23 Motors, Sin Hin Tyre, Kacey Legacy, Pasamount, Excel Group, Perniagaan Zawiyah dan IMS Books Trading. Selain itu, acara BOMtac Battle of Machine & Time Attack turut disokong kuat oleh beberapa nama besar antaranya Hybridmods, J’s Racing, Noblesse, Fawster Motorsports, FA Racing dan Faiz & Hazly Towing.

Tetamu undangan antarabangsa mereka juga bukan biasa-biasa. Ianya terdiri daripada Mr. Junichi Umemoto dari J’s Racing, Mr. Ichiro Kubota  dari  Nobless serta  Mr. Blake Jones  dari Speedhunter yang diundang khas bagi membuat liputan acara pertama ini.

Selain itu, beberapa kelab kereta seperti Odyssey, Jazz dan CRX Malaysia turut bersama-sama hadir untuk memeriahkan acara pada kali ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat  memastikan acara ini berjalan lancar dan tampak hebat keseluruhannya.

Foto : Aie Mins@Perotography & Ishraqi Mokhtar@Tune Photography

 

Share.

About Author

Leave A Reply